Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
95) STRATEGI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat seperti Rumah kos rendah (RM 42,000.00), Rumah Kos sederhana rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (Di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Adakah dasar ini masih dikekalkan? Jika tidak apakah dasar perumahan baru kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai lapisan pendapatan.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri masih lagi mengekalkan Dasar Pembangunan Tanah di mana pembangunan yang melebihi 10 ekar dalam kawasan Lembah Klang dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Bagi kawasan di Luar Lembah Klang pula dikenakan syarat pembinaan 20% Rumah Kos Rendah, 10% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana. Untuk pembangunan yang kurang daripada 10 ekar (2 hingga kurang 10 ekar) pula, syarat penyediaan 30% rumah kos sederhana dikenakan bagi kawasan dalam Lembah Klang.
Selain daripada penetapan komposisi pembangunan perumahan tersebut, harga jualan maksimum terhadap rumah mampu milik turut ditetapkan. Harga jualan rumah mampu milik tersebut ditetapkan pada harga seperti berikut:
Kawasan Jenis Bangunan Harga (RM) Dalam kawasan Majlis Perbandaran (Lembah Klang)
20% rumah kos rendah 42,000.00 20% rumah kos sederhana rendah
72,000.00 10% rumah kos sederhana
100,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Dalam kawasan Majlis Daerah 20% rumah kos rendah 35,000.00 20% rumah kos sederhana rendah
60,000.00 10% rumah kos sederhana
85,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Luar kawasan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran
20% rumah kos rendah 30,000.00 10% rumah kos sederhana rendah
50,000.00 10% rumah kos sederhana
70,000.00 Lain-lain jenis bangunan kediaman Bebas Selain daripada itu, bermula tahun 2010 Kerajaan Negeri juga mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Rumah Mampu Milik Selangor Konsep Baru dengan reka bentuk baru yang lebih mampan dan kondusif sebagai salah satu pilihan kepada pemaju untuk meneruskan penyediaan perumahan yang mampu milik khususnya kawasan-kawasan yang didapati kurangnya atau melebihi permintaan terhadap rumah kos rendah. Melalui cara ini sekurangkurangnya Kerajaan Negeri dapat memperbanyakkan penyediaan rumah di bawah harga RM200,000.00 yang mampu dibeli.
-
Berapakah harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada masa ini.
Sebagai langkah permulaan, Kerajaan Negeri ketika ini telah menetapkan Rumah Mampu Milik yang dibina di bawah skim ini perlu dijual pada harga tidak melebihi RM120,000.00 seunit dengan keluasan tidak kurang daripada 850 kaki persegi. Walau bagaimanapun, penetapan harga akhir bagi Projek perumahan Mampu Milik Selangor Konsep Baru ini hanya akan dimuktamadkan sebaik sahaja Dasar Perumahan Mampu Milik Selangor siap pada penghujung tahun ini.
-
Apakah strategi dan polisi kerajaan negeri dalam memastikan Pemaju memenuhi keperluan perumahan rakyat terutamanya bagi perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.
Dalam memastikan Dasar Pembangunan Tanah yang dikenakan semasa kelulusan tukar syarat khususnya berkenaan keperluan penyediaan rumah mampu milik dipatuhi, strategi Kerajaan Negeri adalah dengan menghalang proses pindah milik daripada pemaju kepada pembeli bagi sebarang ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).