Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
92) MASALAH KEKURANGAN AIR DI BENDANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila perjelaskan apakah punca sebenar yang menyebabkan musim penanaman padi ke-2 tahun 2012 menghadapi kekurangan air yang serius?
Soalan (a) dan (b) perlu dijawab oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)
-
Sila nyatakan apakah langkah-langkah pencegahan jangka masa pendek dan jangka masa panjang yang bakal dirangka oleh pihak Kerajaan bagi memastikan masalah sedemikian tidak berulang pada musim akan datang?
Sama seperti di SUB(a)
-
Sila nyatakan bagaimanakah hubungan dan apakah peranan Jabatan Pertanian Negeri dan agensi Kerajaan Persekutuan yang berkaitan untuk bersama menyelesaikan masalah kekurangan air di Bendang?
Jabatan Pertanian Negeri bekerjasama JPS untuk mengatasi masalah kelewatan bekalan air, manakala agensi Kerajaan Persekutuan iaitu Agensi IADA Barat Laut Selangor bekerjasama dengan Jabatan Pertanian dalam membangunkan infrastruktur pengairan di kawasan Barat Laut . Antara kerja-kerja pembangunan yang melibatkan infrastruktur pengairan yang dibiayai oleh IADA pada tahun lalu adalah:
- Pembinaan kolam takungan air di Panchang Bedena
- Kerja ukur dan perundingan tali air Sg Leman dan Sg Nipah
- Kerja perunding dan penyediaan plan culvert Parit 4 Sg Burong