Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

91) LANJUTAN TEMPOH PAJAKAN HAK MILIK DI KAMPUNG BARU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri dengan kadar bayaran RM 1,000.00?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 290 permohonan lanjut tempoh pajakan bagi hak milik di Kampung Baru dengan kadar bayaran RM1,000.00. Jadual berikut menunjukkan bilangan permohonan yang telah diluluskan mengikut pecahan daerah :-

          BILANGAN PERMOHONAN
    BIL   DAERAH
    YANG DILULUSKAN
         
    1 Hulu Selangor 12
    2 Hulu Langat 24
    3 Kuala Selangor 103
    4 Petaling 40
    5 Sepang 4
    6 Kuala Langat 40
    7 Gombak 23
    8 Sabak Bernam 44
    9 Klang
    JUMLAH  
      290
  2. Berapakah caj akan dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap sesuatu urus niaga jual beli tapak kediaman dan komersial di kampung baru?

    Caj yang akan dikenakan oleh kerajaan negeri terhadap sesuatu urus niaga jual beli tapak kediaman dan komersial di kampung baru adalah bergantung kepada syarat nyata tanah.

    Caj sebanyak RM100.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan yang mempunyai sekatan kepentingan yang melibatkan kebenaran Menteri Besar.

    Setelah urusan pindah milik dipersetujui di hadapan Pentadbir Tanah atau peguam, caj yang dikenakan adalah mengikut penilaian tanah seperti berikut:

    BIL    
      NILAIAN TANAH   KADAR CAJ
    1. RM1 hingga RM50,000 RM50
    2. RM50,001 hingga RM200,000 RM200
    3. RM200,001 hingga RM500,000 RM400
    4. RM500,001 hingga RM1,000,000 RM500
    5. RM1,000,001 ke atas RM1,500

     

Lampiran

Tiada Lampiran.