Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

89) KAWALAN DEMAM DENGGI

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah kes-kes denggi sehingga 1 Oktober 2012 di seluruh Selangor menurut daerah?

    KEJADIAN DEMAM DENGGI DI SELANGOR 2012 (SEHINGGA 3.11.2012)

    Daerah Kes Denggi Kematian
    Klang 2,014 4
    Petaling 2,149 3
    Hulu Langat 1,844 3
    Gombak 796 1
    Hulu Selangor 228 0
    Kuala Langat 164 1
    Sepang 147 0
    Kuala Selangor 216 0
    Sabak Bernam 97 0
    Selangor 7,655 12
  2. Berapakah kes kematian akibat demam denggi di seluruh Selangor menurut daerah?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan bagi program-program bersepadu membasmi pembiakan nyamuk aedes menurut daerah?

    Untuk tahun 2012, sejumlah RM 4.2 juta telah diperuntukkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk program kawalan denggi di negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.