Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

72) MASJID JAMEK KANCHONG DARAT

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Negeri Selangor telah ada cadangan membina semula/baru Masjid Jamek Kanchong Darat dan telah dibawa dalam Mesyuarat Tindakan Daerah Kuala Langat pada masa itu. Ini adalah kerana masjid tersebut tidak dapat menampung kehadiran jemaah di waktu sembahyang Jumaat dan Hari Kebesaran. Mujur ada kebenaran dari pihak JAIS untuk menggunakan surau sebagai tempat sembahyang pada hari-hari utama dan kebesaran. Apakah cadangan tersebut masih berkuat kuasa atau telah di tamatkan?

    Cadangan pembinaan semula Masjid Jamek Kanchong Darat masih dibuat dan usaha- usaha bagi pengumpulan dana melalui tabung pembinaan Masjid masih dilaksanakan.

  2. Mengapa tiada usaha ke arah pembinaan masjid baru tersebut sehingga hari ini?

    Sama seperti di SUB(a)

  3. Adakah kutipan derma masjid masih dijalankan dan siapakah yang memegang amanah Tabung Pembinaan masjid baru berkenaan?

    Tabung ini dikendalikan oleh ahli kariah dari kalangan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid sesi yang lalu.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.