Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

67) JENAYAH DI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sering diperkatakan jenayah di Selangor menurun. Benarkah dakwaan ini?

    Jawapan adalah seperti di lampiran.

    Dakwaan sering diperkatakan jenayah di Negeri Selangor menurun adalah benar. Berdasarkan Perangkaan Jenayah Indeks yang dilaporkan pada t ahun 2005 adalah berjumlah 44,521 kes. Pada tahun 2006 dan 2007 perangkaan jenayah indeks menunjukkan peningkatan iaitu berjumlah 51,393 kes pada tahun 2006 dan 58,592 kes pada tahun 2007. Pada tahun 2008, perangkaan jenayah indeks menunjukkan penurunan kepada 57,752 kes dari tahun sebelumnya.

    Pengumuman YAB Perdana Menteri pada tahun 2009 mengumumkan 6 perkara dalam Bidang Pencapaian Utama Negara atau NKRA yang mana salah satu darinya ialah meningkatkan keselamatan awam. Jenayah Jalanan (street crime) sebagai salah satu petunjuk prestasi utama kearah pengurangan Jenayah Jalanan sebanyak 20%. Melalui program tersebut, perangkaan Jenayah Indeks di Negeri Selangor menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2009, sebanyak 56,091 kes dilaporkan. Bagi tahun 2010 telah mencatatkan sebanyak 49,484 kes, pada tahun 2011 mencatatkan 44,303 kes dan pada tahun 2012 tempoh Januari hingga Oktober mencatatkan 33,824 kes.

    Trend jenayah di Negeri Selangor pada tahun 2005 hingga 2012 adalah

    melalui carta graf berikut:-

  2. Berapakah statistik perbandingan kadar jenayah di Selangor sejak 2005?

    PERBANDINGAN JENAYAH INDEKS TAHUN 2005 HINGGA 2012 (JAN-OKT) KONTINJEN SELANGOR

    TAHUN 2005 2006 N/T % 2006 2007 N/T % 2007 2008 N/T %
    JUMLAH KEKERASAN 6760 9518 2758 40.79% 9518 11321 1803 18.94% 11321 11706 385 3.40%
    JUMLAH HARTABENDA 37761 41875 4114 10.89% 41875 47271 5396 12.88% 47271 46046 -1225 -2.59%
    JUMLAH BESAR 44521 51393 6872 15.43% 51393 58592 7199 14.00% 58592 57752 -840 -1.43%
    TAHUN 2008 2009 N/T % 2009 2010 N/T % 2010 2011 N/T %
    JUMLAH KEKERASAN 11706 12436 730 6.23% 12436 9493 -2943 -23.67% 9493 8142 -1351 -14.23%
    JUMLAH HARTABENDA 46046 44255 -1791 -3.88% 44255 39991 -4264 -9.64% 39991 36161 -3830 -9.58%
    JUM.BESAR 57752 56691 -1061 -1.83% 56691 49484 -7207 -12.71% 49484 44303 -5181 -10.47%
    TAHUN  ** 2011 2012 N/T %
    JUMLAH KEKERASAN 7001 6790 -211 -3.01%
    JUMLAH HARTABENDA 30704 27034 -3670 -11.95%
    JUM.BESAR 37705 33824 -3881 -10.29%

    Takrif Jenayah Indeks: Jenayah Indeks terbahagi kepada

    2 iaitu Jenayah Kekerasan dan Jenayah Hartabenda

    Jenayah Kekerasan :

    1. Bunuh (Sek.302 KK)
    2. Rogol (Sek. 376 KK)
    3. Samun Berkawan Senjatapi ( Sek. 395/397 KK)
    4. Samun Berkawan Tanpa Senjatapi ( Sek.395 KK)
    5. Samun Bersenjatapi (Sek. 392/397 KK)
    6. Samun Tanpa Senjatapi( Sek. 392 KK)
    7. Mendatangkan Cedera (Sek. 324-326 KK) Jenayah Hartabenda :
    Nota : ** Perbandingan Tahun 2011 dan 2012

    ( Tempoh Januari – Oktober)

    N/T: Naik / Turun

    1.    Curi (Sek. 397/380/381 KK)

    2.    Curi Motokar (Sek. 379A KK)

    3.    Curi Motosikal (Sek. 379A KK)

    4.    Curi Motovan/Lori (Sek. 379A KK)

    5.    Ragut(Sek. 379 KK)

    6.    Pecah Rumah (Sek. 457 KK)

  3. Apakah tindakan yang diambil bagi mengurangkan jenayah di Selangor?

    Dalam melaksanakan pembanterasan jenayah khususnya di Negeri Selangor bagi mengurangkan kadar jenayah tindakan – tindakan yang telah diambil oleh pihak polis. Diantara inisiatif yang diambil ialah:-

    1. Ops Payung Penugasan secara Citizen-Focused Policing yang dapat memberikan kesan psikologi yang positif dalam usaha mengembalikan persepsi dan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan polis. Payung yang memberi perlindungan dari hujan dan matahari secara simboliknya melambangkan elemen pelindung (protector) kepada masyarakat.
    2. Rondaan Berkereta (MPV), Bermotosikal, Berjalan kaki (Bit) Penugasan yang dijalankan secara rondaan di sekitar kawasan yang ditetapkan dan kawasan hotspot bagi mempercepatkan pergerakan sekiranya berlaku jenayah di kawasan tersebut.
    3. Community Policing Menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani dengan berkesan kes-kes jenayah dan gejala sosial. Ia adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah. Kaedah ini akan memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi secara terus dengan ahli-ahli masyarakat tempatan.
    4. Sector Call-Card – Masyarakat dapat memberi sebarang laporan aktiviti mencurigakan yang berlaku di kawasan mereka kepada anggota sektor dengan cepat dan efisyen. Melalui sistem ini, setiap anggota sektor telah dipertanggungjawabkan kepada sektor masing – masing. Masyarakat lebih mengenali anggota sektor dan menjadi mata dan telinga kepada polis.
    5. Selangor Facebook – Satu medium perhubungan yang dapat menyalurkan maklumat dengan mudah tanpa sempadan. Sejajar dengan arus kecanggihan teknologi, Facebook Polis Selangor diwujudkan untuk mendekatkan polis dengan masyarakat dalam menerima segala maklumat dan cadangan.
    6. MyDistress – Penggunaan MyDistress hanya semasa kecemasan iaitu apabila berlakunya sesuatu jenayah, seseorang yang disyaki melakukan jenayah ada berdekatan ataupun seseorang cedera, diugut atau berada dalam bahaya. Penggunaan MyDistress adalah dalam situasi ketika memerlukan respon segera jika sesuatu jenayah/insiden berlaku disekeliling kita.
    7. Rakan Cop – Penubuhan Rakan Cop adalah satu pendekatan tepat mengajak orang ramai membantu PDRM mencegah jenayah. Langkah tersebut berjaya mengurangkan jenayah. Penubuhan Rakan Cop menyumbang kepada kejayaan memerangi jenayah melalui laporan dan maklumat oleh orang awam.
    8. Blue Ocean Strategy Penubuhan Blue Ocean Strategy adalah pendekatan dengan masyarakat akan lebih rapat dimana gabungan antara PDRM dan ATM dalam menjalankan operasi bersama bagi membanteras jenayah yang berlaku di Negeri

    Selangor dapat dipertingkatkan lagi.

    1. Taks Force Khas Bagi memantapkan lagi operasi dan pencegahan yang berkesan, setiap bahagian di peringkat Kontinjen dan peringkat daerah mewujudkan pasukan Task Force bagi membanteras jenayah. Task Force yang diwujudkan adalah seperti berikut : Task Force Ops Lejang – Membanteras jenayah curi kenderaan. ii. Task Force Ops Pintu – Membanteras jenayah pecah rumah. iii. Task Force OpsRentap – Membanteras jenayah curi ragut.
    2. Task Force Ops Lusuh – Membanteras jenayah curi kabel, peralatan pencawang telekomunikasi.
    3. Task Force Ops Kargo – Membanteras jenayah samun motolori yang mempunyai muatan.
    4. Task Force Ops SKM – Membanteras jenayah samun kereta mewah.
    • Task Force Ops Noda – Membanteras jenayah pelacuran.
    • Task Force Ops SKB – Membanteras jenayah samun keluar duit dari bank. Task Force Ops Dadu – Membanteras jenayah perjudian. x. Task Force Ops Nyah – Membanteras kemasukan PATI.
    • Task Force Ops Tapis – Membanteras penyalahgunaan dadah.
    • Task Force Ops Rantau – Membanteras kes samun pecah rumah yang melibatkan warga asing. Task Force Ops Cantas – Membanteras kegiatan gangsterism.
    1. High Profile Policing – Pegawai Kanan Polis dikehendaki bersama-sama anggota di barisan hadapan menjalankan tugas “walkabout “dan “meet and greet” dengan orang awam ditempat dan masa yang ditetapkan secara sistematik. “Walkabout” merangkumi tugas – tugas kepolisan seperti bit, dan rondaan manakala “Meet and Greet” ialah interaksi bersemuka antara polis dan masyarakat secar konstruktif.
      • Pegawai Kanan beruniform perlu kelihatan di kawasan setempat selama 3 hingga 5 jam seminggu bagi menjalankan rondaan bersama anggota peronda sedia ada.
      • Semasa rondaan, pegawai hendaklah berinteraksi dengan orang awam, mengedarkan risalah, nombor – nombor telefon untuk dihubungi dan sebagainya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.