Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
65) KES KHALWAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kes-kes khalwat yang telah dibawa ke mahkamah dan sejauh manakan penyelesaian kes berkenaan?
Semenjak Januari hingga September 2012, sebanyak 1481 kes khalwat menurut Seksyen 29 (a) dan (b), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995, telah dibawa ke mahkamah untuk prosiding. Pecahan mengikut daerah adalah seperti berikut:-
Petaling Jaya : 593 kes Klang : 97 kes Gombak : 166 kes Sepang : 51 kes Sabak Bernam : 126 kes Hulu Langat : 189 kes Kuala Langat : 85 kes Kuala Selangor : 72 kes Hulu Selangor : 102 kes Kebanyakan kes berkenaan telah diselesaikan oleh pihak mahkamah, manakala sebahagian yang lain masih dalam peringkat perbicaraan.
-
Apakah peranan MAIS dan JAIS untuk mengurangkan masalah dan penyakit sosial ini?
Peranan MAIS
- Meningkatkan kefahaman Islam dalam kehidupan di kalangan saudarasaudara baru
- Mempertingkatkan kefahaman dan aspek kesedaran Islam di kalangan penghuni-penghuni di 16 rumah penjagaan dan perlindungan di bawah seliaan MAIS
- Mempertingkatkan aktiviti Dakwah keseluruhan untuk mendekati golongan Mak Nyah, Pelacur, Tukang Urut dan Pengamal LGBT.
Peranan JAIS
- Mempertimbangkan banyak aktiviti-aktiviti operasi dan penguatkuasaan di Hotel-Hotel Bajet, Rumah Urut dan Pusat-Pusat Karaoke yang menjadi faktor terbesar berlakunya kes-kes khalwat.
- Mempertingkatkan rondaan di taman-taman rekreasi
- Mempelbagaikan program-program Dakwah yang lebih santai, bersifat lapangan, interaktif dan mencakupi semua sasaran.
- Menerbitkan dan mengedarkan risalah-risalah bacaan ilmiah bagi mengelak berlakunya kes-kes khalwat
-
Apakah peranan agensi ini bagi mengurangkan kes penceraian di Selangor?
JAIS telah mengambil pendekatan dan langkah-langkah proaktif dalam mengurangkan kadar penceraian di Selangor. Antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh JAIS ialah:
- Melaksanakan program Kursus Pasca Perkahwinan kepada pasanganpasangan yang berkahwin dalam tempoh 5-10 tahun. Kursus ini bertujuan untuk membantu setiap pasangan yang bermasalah mengatasi konflik rumah tangga yang timbul. Bagi pasangan yang tidak bermasalah,program ini bertujuan untuk memberi manfaat dan mekanisme bagi mengekalkan perkahwinan.
- Melaksanakan perkhidmatan runding cara kepada pasangan yang bermasalah dalam rumah tangga.
- Memberi pendedahan awal kepada peserta-peserta Kursus Pra Perkahwinan berkaitan tajuk Pembubaran Perkahwinan supaya mereka memahami dan tidak melakukan tindakan-tindakan menyebabkan berlaku penceraian.