Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
51) PENCEGAHAN JENAYAH, PDRM DAN PERANAN PBT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program-program dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut?
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh PBT dengan kerjasama PDRM bagi mengurangkan kes pecah rumah dan ragut. Antaranya ialah :
- Mesyuarat Jawatankuasa Program Bandar Selamat dan Bebas Halangan yang diadakan pada setiap bulan.
- Penyediaan dan Penambahbaikan kemudahan melalui 5 Langkah Segera Program Bandar Selamat (PBS). Antara program yang terlibat iaitu pemasangan:
- Rel Penghadang
- Pengasingan Laluan Pejalan Kaki
- Pencahayaan
- Papantanda Keselamatan
- Cermin Keselamatan
- Tempat Letak Motosikal Berkunci dan Berbumbung
iii. Program-Program Kesedaran, Publisiti dan Promosi di mana PBT bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan beberapa program kesedaran seperti menyertai pameran sempena Crime Awareness Day, Face To Face bersama OCPD, Kempen Remaja Bebas Jenayah dan sebagainya.
-
Apakah halangan undang-undang untuk mewujudkan pasukan-pasukan pemantau PBT bagi tujuan mencegah kes-kes ini?
Secara umumnya, tiada halangan undang-undang untuk mewujudkan pasukan pemantau PBT untuk tujuan mencegah kes-kes pecah rumah dan ragut. Walaubagaimanapun senarai tugas dan ‘standard operating procedure’ pasukan pemantau ini hendaklah jelas supaya tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini. Pasukan pemantau tersebut juga hendaklah mempunyai kerjasama rapat dengan pihak PDRM supaya sebarang kes boleh diambil tindakan secepat mungkin.
-
Apakah rancangan dan program bersepadu kerajaan negeri ke arah mengurangkan kes-kes ini?
Rancangan dan program bersepadu Kerajaan Negeri ke arah mengurangkan kes – kes ini ialah dengan bertindak sebagai urusetia dan memantau tindakan bersepadu ini di setiap daerah di Selangor. Kerajaan Negeri melalui PBT juga dalam usaha menyatukan agensi kerajaan pusat, agensi kerajaan negeri dan swasta bagi membantu penyelarasan operasi penguatkuasaan. Selain daripada itu aktiviti masyarakat serta kempen juga perlu diperkukuhkan di semua peringkat umur rakyat Selangor supaya ia menjadi gaya hidup rakyat Selangor. Antara strategi yang dirancang ialah seperti berikut :
- Memperkasakan Jawatankuasa Program Bandar Selamat;
- Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak polis, PBT dan masyarakat setempat;
- Mengurangkan peluang berlakunya jenayah melalui reka bentuk fizikal dan memperbaiki kemudahan melalui 5 langkah segera Program Bandar Selamat;
- Memberi pendidikan awal di kalangan pelajar mengenai
- keselamatan dan nilai- nilai murni;
- Mengadakan aktiviti kemasyarakatan yang berterusan bagi
- menanam sikap positif di kalangan penduduk;
- Menyediakan kemudahan awam yang mencukupi dan mesra OKU; dan
- Memperkasakan penguatkuasaan pencegahan jenayah.
ADUN N22 Teratai
Y.B. Puan Lee Ying Ha MAAHAD TAHFIZ
RAUDHATUL
ULUM
LOT. 58 JALAN 38A
TINGKAT 3, KG. CHERAS BARU.
BUKIT C ,
56100
SELANGOR
5 70 ADUN N23 Dusun Tua
Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
RAUDHAH TAHFIZ ALQURAN.
PT LOT 9066, NO.
17, BATU 12
1/2, KG
DUSUN
NANDING,
43100 HULU
LANGAT
10 115 MADRASAH TAHFIZ
MIFTAHUL
ULUM
LOT 5649, JLN KUARI
SG LONG,
KG SG
SERAI,
43100 HULU
LANGAT
33 336 MAAHAD TAHFIZ AZ AZZAHRAH
LOT 2239, BATU 18 1/2
43100 HULU
LANGAT
11 80 PUSAT PENGAJIAN
HAYATUL
ULOOM
LOT 10763, JALAN
FELCRA,
OFF BATU
14 HULU
LANGAT
3 55