Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
48) TAWAS
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah semua anak lahir di Selangor mendapat kebajikan daripada Tabung tersebut ?
Anak-anak kelahiran Selangor yang mendaftar dan layak sahaja akan mendapat manfaat skim ini (mengikut terma dan syarat TAWAS).
-
Apakah bentuk faedah yang diperolehi oleh mereka yang telah diberi ?
YAWAS akan membuka akaun Sijil SimpananTetap berjumlah RM100 kepada ahli TAWAS yang telah berdaftar dan telah dilayakkan. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini boleh mengeluarkan wang dari akaun simpanan minima RM 1,500.
-
Berapa orangkah yang telah menerima kemudahan skim ini di DUN Batang Kali ?
Sehingga 02hb November 2012 jumlah ahli TAWAS di DUN Batang Kali adalah seramai 1,636 ahli.