Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
39) KAWASAN HIJAU
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan keluasan Taman Warisan (hutan simpan) Selangor yang telah digazetkan oleh kerajaan negeri sejak 2008. Apakah keluasan tanah lapang telah digazet sejak 2008-2012 di kawasan-kawasan yang akan/telah dibangunkan?
Semenjak tahun 2008, seluas + 1,857.317 hektar kawasan hutan simpanan kekal di Negeri Selangor telah diwartakan sebagai Taman Negeri yang lebih dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Ini menjadikan keluasan Taman Warisan Negeri Selangor pada masa ini berjumlah + 93,001.8 hektar.
NOTA
Bahagian kedua soalan adalah tidak jelas.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Senarai hutan simpanan kekal yang telah diwartakan sebagai Taman Warisan Negeris Selangor adalah seperti berikut:
Bil. Hutan Simpan Keluasan (Ha) Tarikh Pewartaan 1. HS. Ampang 91,144.519 25.1.2007 2. HS. Ampang Pechah 3. HS. Bukit Kutu 4. HS. Batang Kali 5. HS. Gading 6. HS. Hulu Langat 7. HS. Hulu Selangor 8. HS. Kanching 9. HS. Semangko 10. HS. Serendah 11. HS. Sg. Lalang 12. HS. Ulu Gombak Jumlah Kecil 91,144.519 13. HS. Ulu Gombak Tambahan (Klang Gates)
897.587 22.1.2010 14. HS. Ulu Gombak Tambahan 1 (Permatang Kuarza)
114.480 15. HS. Templer 845.25 29.1.2010 Jumlah Kecil 1,857.317 JUMLAH KESELURUHAN 93,001.836