Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
35) MANIFESTO MANFAAT WARGA EMAS, OKU & ANAK YATIM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
Ia telah dilaksanakan dan beberapa penambahbaikan juga sedang dirancang.
-
Berapakah bilangan warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim di Selangor dari 2008 hingga 2012 pecahan kaum?
Maklumat terperinci dan khusus tidak diperolehi kerana tidak mendapat kerjasama daripada agensi yang berkaitan. Namun mengikut data SMUE sehingga Oktober 2012 terdapat 4,831 orang warga emas/OKU yang telah berdaftar ke dalam skim ini.
Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga 2011 menunjukkan bahawa di Selangor terdapat 5,880 orang pekerja OKU, 1,536 orang OKU terlantar dan 2,002 OKU tidak berupaya bekerja. Menurut JKM juga, seramai 9,682 orang penerima bantuan kanak-kanak yang termasuk di dalamnya anakanak yatim piatu di Selangor.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membantu mereka yang terbabit?
Bagi OKU yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sejumlah RM 1,353,500 telah dibelanjakan menerusi manafaat SMUE sehingga Oktober 2012.
Menurut JKM, untuk elaun OKU bekerja sejumlah RM19,126,500 telah dibelanjakan, RM5,830,200.00 untuk OKU terlantar dan RM3,472,500 untuk OKU tidak berupaya bekerja. Manakala menurut JKM juga, sejumlah RM32,463,070.00 telah disalurkan kepada bantuan kanak-kanak di mana ia termasuk bantuan kepada anak-anak yatim piatu.