Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

31) KEDAI TANPA LESEN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Di Meru sahaja mempunyai lebih 100 kedai Tomyam yang beroperasi 4.00ptg- 2.00pg. Kebanyakan kedai dipunyai oleh warga Asing seperti Thailand dan Indonesia tanpa lesen dan ubat pelalian. Berapakah bilangan kedai tomyam yang mempunyai lesen perniagaan sah dari MPK?

    Bilangan Kedai Makanan yang BERLESEN di kawasan MERU adalah sebanyak 93 buah premis yang meliputi pelbagai jenis kedai makanan. Kebanyakan kedaikedai tomyam yang beroperasi di Meru tidak mempunyai lesen daripada pihak Majlis berikutan syarat-syarat pelesenan dan syarat-syarat teknikal tidak dapat dipatuhi oleh pengusaha/pemilik.

  2. Apakah tindakan MPK mengatasi masalah ini?

    Pihak Majlis telah mewujudkan satu program yang dinamakan Pemutihan dalam program Kawasan Baru. Program ini telah dijalankan bermula pada tahun 2007 berikutan Majlis telah meluaskan kawasan pentadbirannya. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peniaga-peniaga yang dahulunya tidak berlesen dapat memohon lesen daripada pihak Majlis.

    Notis dan Kompaun dikeluarkan kepada premis-premis perniagaan yang tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan.

    Tindakan Penggredan Establishmen Makanan dengan Gred A,B,C dan D berserta tindakan penutupan bersama-sama Pejabat Kesihatan Daerah turut dijalankan oleh Jabatan Kesihatan MPK jika tidak memenuhi syarat Kesihatan.

    Premis-premis makanan turut disyaratkan dengan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)

Lampiran

Tiada Lampiran.