Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

27) MANIFESTO MENYELARAS HAL EHWAL AGAMA SELAIN ISLAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?

    Bagi memastikan Hal Ehwal Selain Islam di Negeri Selangor diselaraskan, Kerajaan Negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam pada 30 April 2008. Jawatankuasa ini telah ditubuhkan bagi membolehkan sesi dialog dapat diadakan dengan persatuan-persatuan agama selain Islam agar kepentingan dan kebajikan mereka dapat diambil kira sewajarnya.

  2. Apakah matlamat, fungsi dan skop institusi tersebut serta siapakah yang telah dilantik?

    Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam ingin melihat persatuan-persatuan agama selain Islam untuk senantiasa memaklumkan berhubung masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka kepada jawatankuasa ini bagi memastikan kepentingan dan kebajikan mereka terjamin.

    Di antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Selain

    Islam adalah seperti berikut:-

    1. Menyelesaikan masalah isu-isu mengenai bangunan-bangunan keagamaan bukan Islam seperti menentukan jangka masa yang sesuai bagi tujuan pemindahan bangunan keagamaan;
    2. Memperakukan permohonan pemberimilikan tanah bagi tapak baru dan penggantian tapak bangunan keagamaan bukan Islam; dan
    3. Memberikan sumbangan kewangan kepada persatuan-persatuan agama selain Islam yang layak.

    Untuk makluman dewan yang mulia ini, Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam ini dipengerusikan secara bersama oleh YB Tuan Dr Xavier Jayakumar a/l Arulanandam,  YB Cik Teresa Kok Suh Sim, YB Tuan Ronnie Liu Tian Khiew dan dianggotai oleh ahli tetap seperti berikut:-

    1. Empat orang YB ADUN selain Islam yang terpilih;
    2. Semua Pegawai Daerah; dan
    3. Semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua Majlis

    Maklumat Tambahan:-

    Keanggotaan Ketua-ketua Jabatan yang lain adalah seperti berikut;

    • Jabatan Kerja Raya (JKR)
    • Jabatan Parit dan Saliran (JPS)
    • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
    • Jabatan Perhutanan
    • Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (PTGS)
    • Jabatan Agama Islam (JAIS)
    • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    • Seorang daripada tujuh (7) wakil persatuan-persatuan agama yang terpilih.
  3. Berapakah jumlah peruntukan untuk pelaksanaan institusi sedemikian?

    Jumlah perincian peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam dari tahun 2008 hingga 2012 adalah seperti berikut:-

    i. Tahun 2008 – RM 2,500,500.00 (2.55 juta)
    ii. Tahun 2009 – RM 6,000,000.00 (6.00 juta)
    iii. Tahun 2010 – RM 3,500,000.00 (3.5 juta)
    iv. Tahun 2011 – RM 4,000,000.00 (4.00 juta)
    v. Tahun 2012 – RM 5,576,000.00 (5.57 juta)

Lampiran

Tiada Lampiran.