Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

26) HUTANG TALAM

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengikut laporan media, tanah BB2 telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan harga RM113 juta, bagaimana Kerajaan Negeri Selangor boleh beli dengan harga RM345 juta? Berapa jumlah Kerajaan Negeri telah membayar kepada Talam?

    Proses ini melibatkan kutipan dan bukan bayaran. Tiada sebarang bayaran yang dikemukakan kepada Talam.

  2. Apakah pelan Kerajaan Negeri ke atas Menara Pandan dan Ukay Perdana?

    Menara Pandan dan Ukay Perdana dipersetujui untuk diserah kepada KHSB sebagai bayaran balik hutang Talam kepada KHSB bernilai RM115 juta.

  3. Adakah Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip semula kesemua hutang RM392juta?

    Kesemua hutang RM392 juta telah berjaya dikutip.

Lampiran

Tiada Lampiran.