Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

23) METER INDIVIDU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bangunan yang belum tukar meter pukal kepada meter individu. Nyatakan pangsapuri yang mendapat potongan tetapi masih belum bertukar kepada meter individu. Apa tindakan boleh dikenakan mengikut Akta Kerajaan Tempatan?

    Untuk makluman YB, terdapat 230 pangsapuri Kos rendah (LAMPIRAN A) dan 482 kawasan Bukan Kos Rendah (LAMPIRAN B) yang belum menukar meter pukal kepada meter individu.

    Manakala, khusus bagi PANGSAPURI KOS RENDAH, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan “SISTEM KUPON” (kini dimansuhkan kepada “LAPOR DAN DAPAT”) untuk memastikan penduduk pangsapuri bagi kos tersebut dapat menerima rebet air percuma tanpa mengambil kira sama ada status pelaksanaan migrasi meter air individu di kawasan terbabit.  Setakat 31 Oktober 2012, sejumlah 216 pangsapuri telah mendapat Rebet Air Percuma tetapi masih menggunapakai meter pukal dan senarai seperti LAMPIRAN C.

    Penguatkuasaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu ke atas pihak pengurusan bangunan seperti pemaju, Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body-JMB) atau Perbadanan Pengurusan (Management

    Corporation-MC) tidak tertakluk di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].  Walaubagaimanapun, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang menggubal Peraturan-Peraturan Pembekalan Air di bawah peruntukan Akta Industri Pembekalan Air 2006 bagi mewajibkan migrasi ke atas semua pangsapuri dan melaksanakan penguatkuasaan ke atas pihak pengurusan bangunan yang ingkar mematuhinya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.