Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

22) KERETA RASMI DATUK BANDAR DAN YANG DI-PERTUA (YDP) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan atau pekeliling kerajaan tentang pembelian kereta rasmi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan Datuk Bandar atau Yang Di- Pertuanya (YDP)?

    Garis panduan atau pekeliling kerajaan tentang pembelian kereta rasmi  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan Datuk Bandar atau Yang Dipertua (YDP) ialah dengan merujuk Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan. 13 Tahun 2011 bertarikh 14 Disember 2011 bertajuk Peruntukan Kereta Rasmi Jabatan (Sila rujuk Lampiran a).

    Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan peruntukan dan penggunaan kereta rasmi Jabatan selaras dengan  arahan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 27/2011 yang telah bersidang pada 10 Ogos 2011 telah bersetuju dan memutuskan Kenderaan Rasmi Jabatan mengikut kelayakan seperti yang berikut:-

    BIL   JENIS KERETA   PEGAWAI YANG
        LAYAK
    1. Honda Accord 2.0 Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred

    Utama/Khas C dan ke atas

    2. Proton Inspira 2.0 Premium Pegawai Daerah/Yang Dipertua Majlis/Ketuaketua  Jabatan Negeri Selangor Gred 54/52
  2. Adakah keputusan untuk membeli kereta rasmi untuk kegunaan rasmi Datuk Bandar atau YDP perlu dibentangkan dalam belanjawan PBT berkenaan dan diluluskan oleh Ahli-ahli Majlis sebelum ianya dapat dilaksanakan?

             
    BIL PBT CARA PELAKSANAAN
         
    1. MBSA Di Majlis Bandaraya Shah Alam semua peruntukan tahunan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Belanjawan dan akan diluluskan di peringkat Mesyuarat Majlis. Di dalam belanjawan tahunan tersebut ada dibentangkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan peruntukan belanjawan pembangunan. Peruntukan pembelian kereta rasmi pejabat adalah termasuk di dalam peruntukan perbelanjaan mengurus. Sehubungan dengan itu, pembelian kereta rasmi pejabat ada dibincangkan dan diluluskan oleh Mesyuarat Majlis berdasarkan kepada perancangan Majlis dari semasa ke semasa.
    2. MBPJ Pembelian tersebut menggunakan lebihan peruntukan pembelian kenderaan pada tahun 2012 dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Majlis Bilangan 5 Tahun 2012 (Penggal 2012/2013) pada 13 Ogos 2012.
    3. MPKlang Pembelian     kereta      rasmi      YDP     Majlis

    Perbandaran Klang adalah melalui proses perolehan iaitu melalui Jawatankuasa Sebutharga Majlis Perbandaran Klang.

    Bagi tujuan untuk mendapatkan peruntukan pembelian kenderaan rasmi Majlis

    Perbandaran Klang, ianya perlu dibentangkan di dalam Jawatankuasa Khas  Bajet Kewangan & Perjawatan Majlis Perbandaran Klang serta seterusnya memajukan kepada Kerajaan Negeri bagi tujuan perakuan dan

     

        kelulusan peruntukan bagi pembelian kenderaan rasmi Majlis Perbandaran Klang.
    4. MPAJ Peruntukan bagi pembelian kenderaan Majlis dibajetkan dan telah diluluskan dalam Mesyuarat Khas Kewangan Bajet 2012/2013 pada 24/8/2011 dan disahkan di dalam Mesyuarat Penuh Majlis, Bil 8/2011 pada 26/08/2011.
    5. MPSJ Peruntukan bagi pembelian setiap kenderaan rasmi MPSJ termasuklah kenderaan rasmi untuk kegunaan rasmi YDP dibentangkan di dalam Mesyuarat Anggaran Belanjawan MPSJ pada setiap tahun.
    6. MPS Pekeliling Ini Telah Diterima Pakai Bersama Cadangan Pembelian Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Bil. 17/03/2012 Yang Bersidang Pada 28/03/2012.
    7. MPKj Ya,    melalui       Mesyuarat           Jawatankuasa Kewangan
    8. MPSepang Ya, perlu ada pembentangan dalam belanjawan PBT dimana akan dibentangkan dalam Mesy. Jawatankuasa Kewangan dan Mesyuarat Penuh MPSepang.
    9. MDKS Tidak, walau bagaimanapun bagi menjamin ketulusan, ia dibentangkan untuk persetujuan.
    10. MDKL Ya, permohonan peruntukan akan dipohon di dalam bajet Majlis yang akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis untuk kelulusan.
    11. MDHS Keputusan membeli kereta rasmi untuk kegunaan rasmi YDP perlu dibentangkan dalam belanjawan PBT dan diluluskan oleh Ahli-ahli Majlis sebelum ia dilaksanakan.
    12. MDSB Ya, keputusan untuk membeli kereta rasmi untuk kegunaan rasmi Datuk Bandar atau YDP perlu dibentangkan dalam belanjawan PBT berkenaan dan diluluskan oleh Ahli-Ahli Majlis sebelum ianya dapat dilaksanakan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.