Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
19) MANIFESTO BANTUAN MENDIRIKAN RUMAHTANGGA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
Kerajaan Negeri sedang fasa akhir untuk melaksanakan Manifesto ini. Dijangka perlaksanaan program ini akan bermula pada Januari 2013. Perkara ini akan diumumkan kepada orang ramai setelah Kertas Cadangan ini diluluskan oleh MMKN
-
Berapakah bilangan pasangan yang mendirikan rumah tangga di Selangor mengikut kaum / agama dari 2008 hingga 2012?
Berikut adalah bilangan pasangan yang mendirikan rumahtangga di Selangor mengikut kaum / agama dari tahun 2008 – 2012
TAHUN PERK AHWINAN ISLAM BUKAN ISLAM 2008 16,021 7,529 2009 17,299 7,601 2010 18,068 6,741 2011 18,751 7,324 2012 *8311 NIL *sehingga Mei 2012
-
Apakah bentuk-bentuk bantuan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri sekarang ini?
Statistik yang dinyatakan tadi diperolehi daripada Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor
Antara pendekatan awal yang dilaksanakan oleh kerajaan Negeri adalah
- Program Kursus Perkahwinan yang dianjurkan oleh JAIS;
- Program Gerbang Perkahwinan 2011 oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Model Insan yang telah menguruskan seramai 49 pasangan pengantin; dan
Program Perkahwinan Belia mengikut Adat Resam Melayu oleh Jawatankuasa Tetap Belia yang dijangka diadakan pada 16 Disember 2012 ini.