Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
8) PROGRAM WIFI PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan lokasi-lokasi WiFi percuma menurut DUN.
Kerajaan Negeri Selangor telah mula memberikan perkhidmatan WiFi secara percuma bermula pada tahun 2010 dengan pelaksanaan Projek WIFI atau dikenali sebagai “Wireless Selangor” ianya adalah usaha kerajaan negeri memperluaskan kemudahan wayarles jalur lebar (internet broadband) dan akses internet (internet accesibility) ke semua kawasan dalam negeri Selangor. Penglibatan Kerajaan Negeri Selangor dan Penyedia Perkhidmatan Internet atau dikenali sebagai ISP (Internet Service Provider) di dalam projek ini, membolehkan kemudahan capaian internet tanpa wayar ini akan dinikmati oleh rakyat Selangor dengan PERCUMA. Ini menepati manifesto Kerajaan Negeri untuk menjadi Negeri Maju, Sejahtera dan Berkebajikan.
Bagi menentukan lokasi WiFi oleh Kerajaan Negeri Selangor pemilihan dibuat adalah berdasarkan kepada keperluan dan kriteria yang diambilkira adalah di kawasan-kawasan yang mempunyai banyak tumpuan, tarikan dan konsentrasi aktiviti komersil atau aktiviti penduduk seperti :
- Lobi atau kaunter di premis-premis kerajaan.
- Medan-medan selera PBT. iii. Kawasan riadah / taman awam / dataran awam. iv. Hub pengangkutan awam seperti terminal bas, kenderaan awam, stesen LRT, komuter.
- Kawasan institusi pendidikan / pengajian tinggi / kolej.
- Premis-premis perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). vii. Masjid / surau.
viii. Pusat khidmat, balai JKKK, perpustakaan, pusat komuniti, dewan orang ramai/serbaguna, Pusat Siber Rakyat (PSR). ix. Taman perumahan dan kediaman kos rendah dan sederhana rendah.
- Premis-premis perniagaan, restoran dan kedai-kedai
Pada fasa pertama Kerajaan Negeri telah melancarkan di lokasi seperti berikut:
i.Dataran Shah Alam
ii. Kompleks PKNS Shah Alam
iii.Seksyen 2 Shah Alam
iv. Seksyen 3 Shah Alam
v. Seksyen 9 Shah Alam
vi. Masjid Bukit Indah Ampang
vii. DUN Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
viii. DUN Bukit Melawati
ix. DUN Sungai Panjang
x.DUN Permatang Bistari Jaya
xi. DUN Sekinchan
xii. DUN Sabak Bernam
Untuk perlaksanaan fasa ke-dua yang akan mengguna Geran Selangorku, Kerajaan Negeri dalam perancangan menambah lagi lokasi perkhidmatan WiFi untuk rakyat negeri Selangor sebanyak 112 lokasi di seluruh Negeri Selangor.
Setiap DUN akan diperuntukkan sebanyak 2 lokasi. Bagi mengenal pasti kawasan-kawasan terpilih, setiap DUN telah diminta untuk mengemukakan cadangan kepada STANDCO Sains, Teknologi dan Inovasi bagi memastikan semua mendapat kemudahan ini.
Senarai lokasi WiFi percuma mengikut DUN adalah seperti jadual di bawah :
DUN N01 N02 N03 N04 N05 N06 N07 N08 N09 N10 BIL WiFi 2 3 3 3 2 3 2 2 3 3 DUN N11 N12 N13 N14 N15 N16 N17 N18 N19 N20 BIL WiFi 2 2 2 2 2 2 2 3 2 2 DUN N21 N22 N23 N24 N25 N26 N27 N28 N29 N30 BIL WiFi 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 DUN N31 N32 N33 N34 N35 N36 N37 N38 N39 N40 BIL WiFi 2 2 2 2 2 2 2 2 2 7 DUN N41 N42 N43 N44 N45 N46 N47 N48 N49 N50 BIL WiFi 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 DUN N51 N52 N53 N54 N55 N56 BIL WiFi 2 2 2 2 2 2 -
Apakah tahap keberkesanan khidmat capaian WiFi percuma ini?
Tahap keberkesanan khidmat WiFi percuma ini adalah berdasarkan jumlah bilangan pengguna yang menggunakan khidmat WiFi berdasarkan jadual seperti di bawah :
Data yang dipamerkan ini adalah bermula dari Mei 2010 sehingga Oktober 2012.
-
Berapakah yang telah dibelanjakan untuk menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini menurut DUN?
Kerajaan Negeri telah menyediakan perkhidmatan WiFi percuma ini bermula pada tahun 2012 secara berperingkat. Jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah seperti jadual berikut.
Tahun 2010 Bil. Lokasi Kos Setahun 1 Dataran Shah Alam RM 18,000.00 2 Kompleks PKNS Shah Alam RM 18,000.00 3 Seksyen 2 Shah Alam RM 18,000.00 4 Seksyen 3 Shah Alam RM 18,000.00 5 Seksyen 9 Shah Alam RM 18,000.00 6 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor RM 18,000.00 7 Masjid Bukit Indah Ampang RM 10,000.00 Tahun 2011 Bil. Lokasi Kos Setahun 1 DUN Bukit Melawati RM 10,000.00 2 DUN Sungai Panjang RM 10,000.00 3 DUN Permatang Bistari Jaya RM 10,000.00 4 DUN Sekinchan RM 10,000.00 5 DUN Sabak Bernam RM 10,000.00 Tahun 2012 Bil. Lokasi Kos Setahun 1 112 Lokasi (56 DUN x 2 Lokasi) 1 Lokasi
RM 1,373,979.93 RM 12,267.70