Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

5) MANIFESTO PREMIS PERNIAGAAN

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah premis perniagaan yang telah dibina dari 2008 hingga 2012 dengan pecahan mengikut PBT?

    Jumlah premis perniagaan yang telah dibina dari 2008 hingga 2012 mengikut pecahan PBT adalah seperti berikut :

    PBT JUMLAH PREMIS PERNIAGAAN (2008 SEHINGGA 2012)
    MBSA 292
    MBPJ 74
    MPK 96
    MPAJ 8
    MPSJ 236
    MPS tiada maklum balas daripada PBT
    MPKj 93
    MPSp tiada maklum balas daripada PBT
    MDKL 138
    MDHS 141
    MDKS 7
    MDSB 32
    JUMLAH 1117

    *nota – maklumat diperolehi daripada PBT

  2. Nyatakan jumlah usahawan yang mendapat manfaat dari penyediaan premis berkenaan?

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, terdapat kira-kira 2500 peniaga yang menerima manfaat daripada penubuhan pusat atau premis perniagaan yang telah dibina oleh Kerajaan Negeri.

  3. Apakah bentuk insentif bagi mereka yang menggunakan premis tersebut?

    Insentif yang diterima oleh mereka yang menggunakan premis tersebut adalah :

    1. Kadar sewa premis yang rendah
    2. Kos bagi membaik pulih kerosakan (minor) ditanggung oleh PBT
    3. Kos bagi kerja-kerja pembersihan dan penjagaan kemudahan awam seperti tandas, surau serta lobi premis di bawah tanggungan PBT
    4. Golongan OKU menerima potongan kadar sewa premis

     

Lampiran

Tiada Lampiran.