Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

256) PROGRAM PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan telah bercadang untuk memulakan program pembangunan semula bandar di Seksyen 8, Seksyen 5, Seksyen 51, Seksyen 51A dan Seksyen 52. Sila berikan satu sinopsis ringkas tentang maklumat terkini tentang program pembangunan semula bandar di setiap kawasan di Petaling Jaya ini.

    Fasa pertama Program Pembaharuan Semula Pusat Bandar yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 27 Oktober 2010 adalah melibatkan kawasan Pusat Bandar Separa Wilayah Petaling Jaya (termasuk Seksyen 52, sebahagian Seksyen 7 dan 14) Seksyen 8, Seksyen 51 dan Seksyen 51A Petaling

    MMKN pada 3 November 2010 telah meluluskan pelantikan perunding ANZ Planners Sdn.Bhd. Bagi menjalankan kajian dengan persetujuan pembayaran dibahagi sama rata di antara Kerajaan Negeri dan MBPJ. Asas Rujukan bagi Penyediaan Pelan Wawasan dan Laporan Pengurusan Pelaksanaannya diluluskan oleh Majlis pada 28 Februari 2011.

    Lanjutan daripada itu, taklimat berhubung Cadangan Pembaharuan Bandar ini telah diadakan pada 31 Mac 2011 kepada Ahli Majlis serta Jabatan Teknikal dalam dan luar Majlis bertujuan untuk memberi pemahaman berhubung kajian ini.

    Majlis telah mengadakan 2 bengkel bagi mendapat pandangan Pemilik Tanah, Persatuan Penduduk , Pemaju, Agensi Kerajaan, Teknikal, Ahli Majlis, ADUN dan Ahli Parlimen berhubung Cadangan pada 16 Mei 2011 dan 6 Ogos 2011.

    Perunding telah menyiapkan Kajian ini pada 3 Januari 2012 dan hasil kajian kawasan ini akan dijadikan asas kepada penyediaan Rancangan Kawasan Khas (RKK ) atau Pengubahan Kepada Rancangan Tempatan Petaling Jaya 1 kelak.

  2. Apakah peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam program pembangunan semula bandar ini?

    Peranan PKNS di dalam Program pembaharuan semula Bandar ini adalah membangunkan tanah hak miliknya di dalam kawasan Program Pembaharuan Semula Bandar berdasarkan Rancangan Kawasan Khas (RKK) atau Pengubahan Kepada Rancangan Tempatan Petaling Jaya

Lampiran

Tiada Lampiran.