Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
254) BANGUNAN INSTITUSI AGAMA BUKAN ISLAM
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah bangunan institusi keagamaan bukan Islam tanpa kelulusan kerajaan di setiap PBT sebelum 2008 dan pada dis 2011?
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, jumlah bangunan institusi keagamaan bukan Islam tanpa kelulusan kerajaan sebelum tahun 2008 dan pada 2011 mengikut pecahan PBT adalah seperti berikut:-
JUMLAH INSTITUSI KEAGAMAAN BUKAN ISLAM
PBT
TAHUN 2008
TAHUN 2011 MBSA 53 5 MBPJ 109 MPK 477 427 MPAJ 369 MPSJ 70 94 MPS 34 11 MPKj 151 MPSp 86 MDKL 111 218 MDHS 222 MDKS 271 MDSB 45 45 JUMLAH
790
2008
Sumber: berdasarkan maklumat dari PBT.
-
Apakah kriteria pertimbangan dalam pemberian sumbangan pembangunan institusi tersebut?
Pemberian sumbangan pembangunan kepada institusi keagamaan selain Islam boleh dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Selain Islam sekiranya institusi-institusi tersebut memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Berhubung Hal Ehwal Selain Islam dan Peranan Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam Negeri Selangor (MMK.No.21/22/2008). Secara ringkasnya, sumbangan pembangunan berkenaan hanya boleh digunakan bagi tujuan-tujuan seperti berikut:-
Membaik pulih bangunan keagamaan sedia ada;
Pemindahan bangunan keagamaan sedia ada ke tapak pembinaan yang baru;
Pendidikan keagamaan;
Pembelian peralatan bagi tujuan mengadakan kelas agama; dan Pengurusan rumah ibadat dan bukannya untuk pembesaran rumah ibadat.
Selain daripada itu, institusi-institusi keagamaan berkenaan perlu berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan mempunyai status tanah yang sah.
-
Apakah pecahan jumlah sumbangan yang diberi kepada institusi-institusi tersebut? senaraikan jumlah mengikut daerah dan agama?
Pecahan jumlah sumbangan yang telah diberikan kepada institusi agama selain Islam dari tahun 2008 hingga 2011 adalah seperti berikut :-
BIL
JENIS RUMAH IBADAT
JUMLAH SUMBANGAN (RM)
Jumlah
2008 2009 2010 2011 1. Tokong 1,517,500 385,000 187,500 1,147,490 3,237,490 2. Kuil 768,000 1,168,000 1,055,000 1,929,000 4,920,000 3. Gereja 215,000 65,000 101,000 638,000 1,019,000 4. Gurdwara 20,000 40,000 110,000 20,000 190,000 JUMLAH 2,520,500 1,658,000 1,453,500 3,734,490 9,366,490 Sumber: Rumah Ibadat Selain Islam — Senarai peruntukan yang diluluskan berdasarkan permohanan ke Seksyen PBT, UPEN.
Maklumat Tambahan :-
Untuk makluman dewan yang mulia ini juga, pada tahun 2008, kesemua sumbangan berjumlah RM 2,520,500.00 (2.52 juta) adalah bagi tujuan ubahsuai/baik pulih sahaja. Manakala bagi tahun 2009 hingga 2011, sumbangan peruntukan bagi rumah ibadat bukan Islam berjumlah RM 6,845,990.00 (6.85 juta) adalah bagi tujuan aktiviti keagamaan, peralatan ke””las agama, ubahsuai dan bina semula.