Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

249) PENGURUSAN SISA PEJAL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi pengurusan sisa pejal dan pembersihan awam selepas kerajaan mengambil alih daripada alam Flora Sdn Bhd?

    Setelah proses pengambilalihan dilaksanakan, semua PBT menyuarakan pandangan bahawa terdapat penjimatan terutama daripada segi kos berbanding semasa di bawah kendalian pihak AFSB. Jumlah terperinci kos pengurusan bagi setiap PBT tersebut dapat dilihat seperti di LAMPIRAN

  2. Apakah rancangan kerajaan dalam pengitaran semula sisa pejal dan pengurangan tapak landfill?

    Kerajaan Negeri telah melihat pelbagai kaedah bagi menaiktaraf sistem pelupusan sampah selain daripada ‘landfill’ yang diamalkan sekarang dalam usaha membina sebuah negeri maju dan Walau bagaimanapun, bagi penyelesaian jangka pendek Kerajaan Negeri masih menganggap kaedah ‘sanitary landfill’ serta ‘ined waste’ merupakan kaedah penyelesaian yang terbaik. Manakala bagi rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri sedang malalui kajian awal untuk menggunakan kaedah-kaedah yang lebih berkesan seperti ‘Material Recovery Facility’ (MRF) dan ’lncinerator’. Akan tetapi kaedah-kaedah tersebut akan menelan kos yang tinggi kepada Kerajaan Negeri.

  3. Adakah kerajaan mempunyai rancangan pelupusan sampah dengan menggunakan teknologi insinerator?

    Kerajaan Negeri menerusi anak syarikatnya Worldwide Holdings Berhad (WHB) telahpun menjalankan kajian terperinci berkenaan kesesuaian untuk membinaincinerator(alat pembakar sampah) untuk kawasan- kawasan                     Walau          bagaimanapun                       kos     pembinaan      dan pengoperasian masih lagi sangat tinggi jika dibandingkan dengan kaedah pelupusan menggunakan kaedah tapak sanitari. Namun begitu, usaha- usaha masih diteruskan bagi mendapatkan teknologiincineratoryang lebih praktikal.

Lampiran

Tiada Lampiran.