Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
231) PROJEK MEMPERINDAHKAN SUNGAI KLANG
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kedudukan projek menperindahkan Sungai Klang yang telah lama dilancarkan?
Program pengindahan Sungai Klang bagi Daerah Klang telah memasuki fasa II di mana bancian ke atas guna tanah telah selesai dijalankan oleh JPBD Negeri Selangor dengan PTD Klang. Pada masa ini MPK dan PTD Klang sedang melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan aktiviti tanpa kebenaran dan pendudukan tanah tanpa izin di sepanjang rezab Sungai Klang diambil tindakan
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Selangor didalam menjalankan projek memperindahkan Sungai Klang ini?
Tiada dana khas disediakan untuk PBT dan agensi yang berkaitan melaksanakan Program Pemuliharaan Dan Pengindahan Sungai Klang dan tiada agensi khusus bagi memainkan peranan utama seperti Perbadanan Sungai Melaka yang berjaya memajukan Sungai
-
Bilakah projek memperindahkan Sungai Klang ini dijangka siap sepenuhnya?