Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
224) PERKUBURAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah status tapak perkuburan tanpa kebenaran di daerah Hulu Langat?
Pihak Majlis tidak mempunyai Tapak Perkuburan tanpa kebenaran di kawasan Walaubagaimanapun Pihak Jabatan Perancangan Bandar & Desa Negeri Selangor dan pihak MPKj telah menyediakan laporan inventori tanah perkuburan Selangor 2010 dan jumlah tapak perkuburan semasa di dalam kawasan MPKj adalah sebanyak 64 unit seperti berikut :-
- Tapak perkuburan Islam – 37
- Tapak Perkuburan Cina – 14
- Tapak Perkuburan Hindu – 6
- Tapak Perkuburan Kristian — 3
- Tapak Perkuburan yang diuruskan oleh pihak Swasta
– 4
-
Apakah status tapak baru perkuburan bukan Islam di daerah Hulu Langat?
Pihak Majlis telah menyediakan Cadangan Tapak Perkuburan Bersepadu MPKj di Jalan Lalang, Hulu Semenyih dan telah diwartakan dalam Rancangan Tempatan MPKj 2020.
-
Apakah status tapak perkuburan tanpa kebenaran di daerah Hulu Langat?
Jawapan sama seperti di (a)