Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

223) ANAK-ANAK SYARIKAT SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah dividen dan sumbangan yang diberikan oleh Anak-anak Syarikat Selangor kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007-2012.

  2. Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Anak-anak Syarikat Sel adalah bersifat kompetitif, pada masa yang sama tidak menjejaskan sistem pasaran bebas yang sedia ada?

    Anak-anak syarikat yang berada di bawah MBI, dipantau sendiri oleh Lembaga Pengarah Syarikat masing-masing bagi memastikan prestasi syarikat meningkat dari semasa ke

     

    Namun, MBI sendiri membuat pantauan anak-anak syarikat dari segi kewangan dan pentadbiran mereka dari semasa ke semasa.

  3. Senaraikan projek-projek sosial yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat Negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 dan apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Anak-anak syarikat Selangor melaksanakan projek sosial khasnya dalam bidang utama seperti perumahan,pertanian dan sebagainya bagi membantu golongan yang memerlukan.

    Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sendiri telah melaksanakan beberapa projek sosial bagi menjaga kebajikan rakyat Negeri Selangor seperti mengambil alih projek perumahan terbengkalai di Alam Perdana, Kuala Selangor bertujuan memulihkan kembali projek perumahan tersebut untuk diserahkan kepada pembeli-pembeli

     

    MBI juga, telah menyalurkan peruntukan kewangan bagi Projek “System Rice Intensification” (SRI). Projek SRI ini dijalankan bagi membantu petani-petani di Negeri Selangor untuk meningkatkan penghasilan keluaran padi dan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan mereka.

     

    Selain daripada itu, MBI juga menjalankan tanggungjawab sosial kepada Kakitangan Awam SUK dengan memberi peruntukan kewangan bagi membiayai operasi Pusat TASKA SUK, penjagaan anak-anak kakitangan SUK. Jumlah saluran yang telah disalurkan untuk tahun 2012 adalah sebanyak RM281,950.00. MBI juga menyalurkan sumbangan bagi program “Jom Shopping” melalui anak syarikat, YAWAS & Rantaian Mesra Sdn Bhd untuk memberi manfaat kepada golongan usia emas dengan memberi RM100.00 bagi pembelian barangan keperluan mereka.

     

     

    Anak-anak syarikat MBI juga turut memberi sumbangan kepada beberapa program bagi menjalankan tanggungjawab sosial mereka, seperti Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) di bawah program tanggungjawab sosial korporat telah memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah, rumah-rumah ibadat, persatuan-persatuan serta PIBG-PIBG.

     

    Bagi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Projek-projek sosial yang telah dilaksanakan oleh anak syarikat KDEB, Perangsang Selangor, sejak September 2011 adalah program ‘Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor’ (RKSS) untuk meningkatkan lagi kemahiran siswazah melalui latihan untuk memudahkan siswazah anak Selangor memperoleh pekerjaan atau memulakan perniagaan sendiri. Program sosial lain adalah berbentuk bantuan kewangan untuk membina rumah terbakar, sumbangan barangan asas kepada keluarga miskin serta rumah anak yatim, membaik pulih masjid, surau, sekolah agama dan perpustakaan di seluruh negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.