Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
218) BANTUAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Bantuan Infrastruktur yang berjumlah RM500,000 kepada setiap DUN di Negeri Selangor?
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM500,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Sahaja) bagi 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Selangor yang berjumlah RM28,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Lapan Juta Sahaja) untuk melaksanakan projek-projek kecil dan perbekalan. Penyaluran peruntukan tersebut kepada semua Pejabat Daerah telah dilaksanakan pada 14 September 2012.
Sehingga 6 November 2012, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah menerima 878 permohonan projek kecil dan perbekalan yang berjumlah RM26,567,884.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Enam Juta Lima Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Empat dan Sen Sepuluh Sahaja). Perincian permohonan projek-projek kecil mengikut daerah adalah seperti jadual berikut:
BIL. DAERAH BIL. DUN SILING PERUNTUKAN (RM) BIL. PROJEK PERMOHONAN (RM) 1 Petaling 14 7,000,000.00 178 6,781,760.00 2 Klang 9 4,500,000.00 93 4,488,754.10 3 Gombak 6 3,000,000.00 110 3,000,000.00 4 Hulu Langat 9 4,500,000.00 209 4,047,545.00 5 Sepang 2 1,000,000.00 34 1,000,000.00 6 Kuala Langat 4 2,000,000.00 69 1,281,884.00 7 Kuala Selangor 5 2,500,000.00 55 2,467,981.00 8 Hulu Selangor 3 1,500,000.00 62 1,499,960.00 9 Sabak Bernam 4 2,000,000.00 68 2,000,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 56 28,000,000.00 878 26,567,884.10 Daripada jumlah tersebut, pecahan permohonan mengikut kategori projek- projek kecil dan bekalan adalah seperti jadual berikut:
KATEGORI PROJEK BIL. PROJEK KOS PROJEK (RM)
Jalan 399 13,446,499.10 Longkang/Perparitan 112 3,259,040.00 Jambatan/Cerun 12 311,000.00 Dewan/Balairaya 41 1,227,380.00 Masjid/Surau 59 1,338,000.00 Kemudahan Sukan 89 3,070,880.00 Pelbagai Projek (lampu jalan, baiki bumbung, bina pondok keselamatan etc)
72
2,202,100.00
Bekalan 94 1,712,985.00 JUMLAH KESELURUHAN 878 26,567,884.10 Daripada permohonan tersebut, UPEN telah meluluskan secara berperingkat mulai 27 September 2012 sebanyak 794 buah projek yang berjumlah RM23,343,644.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tiga Juta Tiga Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Enam Ratus Empat Puluh Empat dan Sen Sepuluh Sahaja). Kelulusan berperingkat ini disebabkan oleh permohonan daripada pihak Pejabat Daerah untuk menukar tajuk projek, pertambahan projek, pembatalan projek serta pengurangan kos bagi projek-projek yang telah diluluskan. Butiran penuh bagi status permohonan sehingga 6 November 2012 adalah seperti di lampiran A.
-
Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan di bawah projek tersebut?
Daripada 878 permohonan projek kecil dan perbekalan yang berjumlah RM26,567,884.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Enam Juta Lima Ratus Enam Puluh Tujuh Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Empat dan Sen Sepuluh Sahaja) yang diterima, sebanyak 794 buah projek yang berjumlah RM23,343,644.10 (Ringgit Malaysia: Dua Puluh Tiga Juta Tiga Ratus Empat Puluh Tiga Ribu Enam Ratus Empat Puluh Empat dan Sen Sepuluh Sahaja) telah
Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri iaitu value for money yang bertujuan untuk memastikan setiap peruntukan yang diluluskan dibelanjakan dengan berhemah, pelaksanaan bagi setiap projek yang diluluskan di bawah peruntukan ini perlu melalui proses sebutharga. Dalam hal ini, semua Pejabat Daerah sedang dalam proses akhir pelaksanaan sebutharga tersebut dan Kerajaan Negeri akan memastikan semua projek-projek tersebut selesai dilaksanakan pada tahun ini.
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan program ini?
Bagi pelaksanaan projek-projek kecil di bawah peruntukan RM500,000.00
(Ringgit Malaysia: Lima Ratus Ribu Sahaja) kepada setiap DUN, satu
Garis Panduan Pelaksanaan Bagi Pelaksanaan Projek-Projek Kecil yang telah disediakan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor seperti dilampiran B.
Dalam hal ini, UPEN telah menerima pelbagai jenis projek yang diperlukan di peringkat daerah. Namun, ada di antaranya berada di luar skop garis panduan tersebut. Selain itu, peruntukan ini juga dibolehkan ke atas perbekalan yang mana terhad kepada20 peratus atau RM100,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Ribu Sahaja) daripada jumlah keseluruhan peruntukan tersebut. Apabila suatu permohonan berada di luar skop, UPEN segera menyelaras dengan pihak Pejabat Daerah dan mencadangkan Pejabat Daerah untuk menukar tajuk projek bagi memastikan projek yang akan diluluskan dapat memberi manfaat kepada rakyat di Negeri Selangor.