Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

195) PPR DUN KOTA DAMANSARA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak rumah yang kosong dan rosak di PPR seksyen 8 dan PPR Putra Damai DUN Kota Damansara. Nyatakan statistik rumah rosak

    Jumlah kekosongan unit di PPR Kota Damansara sehingga November 2012 adalah sebanyak 285 unit yang mana ke semua unit-unit tersebut adalah rosak dan tidak boleh

  2. Apakah tindakan MBPJ untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah

    Pihak Majlis terpaksa menghentikan penawaran penyewaan ke PPR Majlis memandangkan unit-unit kosong adalah rosak dan tidak boleh diduduki sehinggalah pembaikan Buat masa ini, pihak Majlis tidak mempunyai peruntukan bagi tujuan pembaikan tersebut. Walaubagaimanapun pihak Majlis tiada halangan sekiranya pemohon sanggup untuk membuat pembaikan dengan kos tanggungan sendiri ke atas kerosakan unit yang ditawarkan. Ini adalah merujuk kepada keputusan Mesyuarat Teknikal Penswastaan bertarikh 04 September 2012 yang mana pihak Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ akan mengeluarkan surat ‘Akujanji Persetujuan Pembaikan’ kepada pemohon yang sanggup mengeluarkan kos sendiri bagi membaiki kerosakan unit yang ditawarkan. Borang ‘Akujanji Persetujuan Pembaikan’ bagi bakal penyewa hendaklah disokong dan disahkan oleh Ahli Majlis kawasan.

  3. Adakah peruntukkan MBPJ mencukupi untuk mengatasi masalah ini

    MBPJ tidak mempunyai peruntukan dan bantuan daripada mana-mana pihak bagi tujuan pembaikan

Lampiran

Tiada Lampiran.