Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

192) PEMBINAAN MASJID PEKAN DENGKIL

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kemajuan projek tersebut?

    a)                 Projek tersebut telah ditender untuk dilaksanakan dan tempoh sah tender telah dilanjutkan sehingga 22 Januari 2013.

  2. Berapakah peruntukan sebenar yang diperuntukkan?

    Peruntukan Kerajaan Persekutuan – 3 juta Peruntukan Kerajaan Negeri – 3 juta

  3. Apakah masalah sebenar yang dihadapi sehingga projek tersebut lewat dimulakan?

    a)                 Ketika hendak dilaksanakan, Jabatan dimaklumkan bahawa tapak cadangan pembinaan terlibat dengan kawasan ‘rayau’ bagi kaum orang Asli. Ianya telah disahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan Jabatan masih menunggu penilaian jika ianya terlibat dengan pampasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.