Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

187) TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI SS15

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah dan bagaimanakah MPSJ bercadang untuk membangunkan satu tempat letak kereta bertingkat di SS15, Subang Jaya? Berikan butir-butir

    MPSJ telah mempunyai Dewan Serbaguna dan tempat letak kereta terbuka di atas tapak berkenaan dan masih beroperasi dengan keluasan 5 ekar. Cadangan pembinaan semual dewan tersebut belum dapat dilaksanakan kerana ianya melibatkan kos pembangunan semula. Pada ketika ini, kawasan tersebut bertaraf tanah rizab dewan di bawah kawalan Setiausaha Kerajaan Selangor. Sebarang pemajuan di atas tapak tersebut perlu mendapat kebenaran daripada Pegawai Pengawal. Pada ketika ini, MPSJ telah mengemukakan permohonan kepada SUK untuk mendapatkan kebenaran memajak tanah tersebut selama 21 tahun.

  2. Mengapakah perkara ini telah berlanjutan dan tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor?

    Pembangunan semula tapak tersebut bukan prioriti utama Majlis memandangkan ianya melibatkan kos dan isu ini boleh diselesaikan diperingkat Pada ketika ini, satu jawatankuasa teknikal telah ditubuhkan bagi mengkaji cadangan reka bentuk dan kos pemajuan. Setelah reka bentuk dan kos ditentukan perkara ini akan dibentangkan di peringkat MPSJ sama ada perlu dibina sendiri atau mempelawa pihak swasta untuk membangunkan kawasan terlibat tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.