Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
184) BEKALAN AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah permohonan industri baru ditolak oleh kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air?
Pihak SYABAS telah menangguhkan kelulusan ke atas permohonan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh Pemaju Hartanah atas alasan kekurangan kapasiti bekalan air untuk diagihkan oleh Jumlah keseluruhan permohonan yang telah ditangguhkan dari Januari 2012 sehingga Ogos 2012 adalah sebanyak 217 permohonan.
Tanggungjawab pihak SYABAS di bawah Perjanjian Konsesi hanyalah untuk membekalkan dan mengagihkan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. SYABAS telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai Agensi Perakuan (Cedify Agency) bagi tujuan menyemak dan meluluskan pelan-pelan sistem pembekalan air baru yang dikemukakan oleh Pemaju Hartanah. Peranan SYABAS sebagai Agensi Perakuan tersebut adalah setakat memberikan ulasan teknikal dan seterusnya meluluskan pelan-pelan pembangunan projek bekalan air sahaja.
Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya mempertimbangkan dan meneruskan untuk meluluskan Kebenaran Merancang yang dipohon oleh Pemaju Hartanah yang telah ditangguhkan oleh SYABAS atas dakwaan ketidakcukupan air sedangkan pelan-pelan telah disemak oleh SYABAS dan didapati adalah teratur dari segi teknikal dan boleh dilaksanakan mengikut asas kejuruteraan dan guna tanah.
Namun demikian, sekiranya permohonan Pemaju Hartanah tersebut tidak mendapat sokongan dari SYABAS atas alasan masalah teknikal, maka permohonan Pemaju tersebut perlu disemak semula oleh Pemaju Hartanah berkenaan bagi memastikan semua syarat teknikal telah dipatuhi.
-
Jika benar, apakah tindakan kerajaan negeri menangani masalah ini?
Pihak Kerajaan sentiasa mengambil langkah positif untuk memastikan masalah bekalan air tidak menjejaskan projek-projek pembangunan di Negeri Selangor. Justeru itu, beberapa projek sumber air tambahan telah pun dilaksanakan bagi memastikan sumber bekalan air adalah mencukupi seperti berikut:-
No Nama Projek Kapasiti Tambahan (mld) 2012 2013 2014 2015 Jumlah Nota 1. Projek Pembangunan Loji Sg Labu 45 60 105 Loji baru 2. Projek. Peningkatan Kapasiti SSP1 120 120 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 760 JLH kpd 950JLH
3. BRH 25 25 Meningkatkan keupayaan pengeluaran dari 15.6 JLH kpd 40.6
4. Projek Pengagihan Semula Kapasiti SSP1 50 50 Mengagihkan semula lebihan air di Loji SSP 1 sebanyak 120 JLH kepada pengguna 5. Pro. Agihan SSP3 120 120 Mengagihkan semula lebihan air di Loji SSP 3 sebanyak 120 JLH kepada pengguna 6. Pro. Agihan Loji Rasa 100 100 Mengagihkan semula lebihan air di Loji SSP 1 sebanyak 100 JLH kepada pengguna 7. Program NRW 49 52 101 Program menurunkan NRW Jumlah 45 254 52 270 621 Projek-projek mitigasi ini dijangka siap menjelang akhir 2014 dan dengan siapnya projek mitigasi ini, terdapat 621 JLH air terawat tambahan yang boleh diagihkan kepada pengguna.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa bekerjasama dengan operator loji pembersihan air seperti SPLASH, ABASS dan Puncak Niaga serta agensi yang terlibat dan Suruhanjaya Air Negara (SPAN) langkah-langkah mitigasi telah dilakukan seperti berikut:
- Hanya melepaskan air dari empangan berdasarkan keperluan optimum loji
iQ Menjalin persefahaman yang mantap bagi semua pihak berkepentingan dalam mengurus sumber air supaya bekalan air bersih tidak terganggu.
- Memantau paras air di muka sauk bagi memastikan kuantiti air yang dipam adalah mencukupi dan tidak memberi kesan ke atas operasi pam air mentah hingga mengakibatkan
- Sentiasa memantau dan bertindak sewajarnya sekiranya simpanan air mencapai tahap 50%.
- Masyarakat umumnya sentiasa diminta berjimat cermat terhadap penggunaan air sewaktu musim
Selain itu, LUAS sebagai badan yang bertanggungjawab terhadap pengurusan air di Negeri Selangor turut mengambil kira beberapa langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku masalah air di Negeri Selangor. Salah satu penyelesaiannya adalah penggunaan sumber air alternatif iaitu menggunakan air permukaan seperti air tasik, lombong dan sebagainya untuk keperluan harian. Sumber air bumi juga merupakan penyelesaian terhadap kekurangan bekalan air di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, sumber air bumi masih belum meluas penggunaannya dan perlu dikomersialkan.
Kerajaan Negeri Selangor menyedari kepentingan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air. Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air Negeri Selangor hendaklah dibincangkan bersekali supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mencapai persefahaman di dalam memuktamadkan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor berdasarkan kepada Model Holistik yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai kadar tarif yang munasabah yang tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak membebankan operator air.
Kerajaan Negeri Selangor sedia untuk mempertimbangkan kelulusan kepada pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 tertakluk kepada:-
- Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimuktamadkan;
- SPV milik Kerajaan Negeri Selangor dilantik sebagai operator bagi operasi dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Langat 2, Loji Rawatan Air Sungai Labu dan semua loji rawatan air baru di masa hadapan; dan
- Pelawaan kepada syarikat milik negeri untuk menawarkan pembinaan kemudahan perawatan air Langat 2.
Matlamat Kerajaan Negeri untuk memastikan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dicapai adalah untuk memastikan industri perkhidmatan air di Selangor dikendalikan secara holistik oleh satu operator bermula dari proses rawatan prose s hinggalah pengagihan kepada pengguna. Model Holistik yang sememangnya telah terbukti sebagai penyelesaian ke atas semua masalah pengurusan bekalan air secara komprehensif dan dapat menjamin pengurusan air yang mengutamakan tahap kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan serta memperkukuhkan integriti, daya saing dan kemapanannya di samping tidak membebankan rakyat keseluruhannya sebagaimana yang telah dicapai di kejayaan pelaksanaan Model Holistik di Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Kerajaan Negeri Selangor juga mengkaji dan meneliti pembangunan sumber baru bagi meningkatkan kapasiti sumber bekalan air negeri Selangor. Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengamalkan sikap terbuka di dalam menggunakan teknologi terkini bagi proses merawat di dalam merawat air yang di pasaran seperti penggunaan ultra filtration, membrane technology Deionizing dan lain-lain untuk mencapai tujuan mendapatkan pengeluaran air yang maksimum dari segi kuantiti di samping kualiti yang terbaik. Namun demikian, di dalam mengkaji dan meneliti penggunaan teknologi terkini itu, Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan pengguna memandangkan setiap teknologi yang digunakan itu kelak akan melibatkan kos yang sekiranya tidak diteliti dengan sewajarnya boleh membebankan pengguna akhirnya.