Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

182) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sejak tahun 2008 hingga Jun 2012 mengikut pecahan daerah

    Tourism Selangor telah menyimpan statistik kehadiran pelancong ke negeri Selangor bagi tahun 2008 hingga 2012 , walaubagaimanapun statistik kehadiran tersebut tidak menunjukkan kehadiran mengikut daerah-daerah dalam negeri Selangor . Walaubagaimanapun mulai tahun 2012 Tourism Selangor telah mengambil inisiatif dengan mula mengumpul data kehadiran pelancong ke negeri Selangor mengikut daerah-daerah dalam negeri Selangor dan butirannya adalah seperti di jadual di bawah :

     

    Statistik Kehadiran Pelancong Dari Dalam Dan Luar Negara Ke Negeri Selangor Bagi Bulan Januari Hingga Jun 2012 Mengikut Daerah adalah seperti berikut:-

     

     

     

     

    Daerah

     

    Jan

     

    Feb

     

    Mac

     

    April

     

    Mei

     

    Jun

     

    Jumlah

     

    Petaling

     

    358,983

     

    355,613

     

    401,291

     

    397,801

     

    427,736

     

    405,021

     

    2,346,445

     

    Hulu Langat

     

    19,050

     

    14,896

     

    12,715

     

    14,812

     

    6,000

     

    6,100

     

    73,573

    Klang 10,613 11,412 10,845 10,213 13,256 11,815 68,154
     

    Gombak

     

    51,094

     

    34,570

     

    105,095

     

    57,761

     

    56,002

     

    27,375

     

    331,897

     

    Sabak Bernam

     

    902

     

    711

     

    800

     

    1006

     

    1089

     

    1100

     

    5,608

     

    Sepang

     

    2,962

     

    10,121

     

    102,122

     

    8,134

     

    5,315

     

    4,256

     

    132,910

     

    Kuala Langat

     

    5,369

     

    5,520

     

    8,214

     

    7,312

     

    10,227

     

    5,111

     

    41,753

     

    Kuala Selangor

     

    23,307

     

    18,678

     

    23,940

     

    22,276

     

    27,962

     

    18,310

     

    134,023

     

    Hulu Selangor

     

    5,418

     

    4,294

     

    4,077

     

    4,483

     

    3,893

     

    4217

     

    26,382

     

    Jumlah Besar

     

    3,160,745

     

     

    – Walaubagaimanapun jumlah ini tidak melambangkan kedatangan sebenar pelancong ke Selangor kerana ianya hanya sehingga bulan Jun 2012 dan dijangka akan meningkat hingga ke hujung tahun 2012 nanti .

  2. Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah tarikan istimewanya ?

    Negeri Selangor kini boleh berbangga dengan produk dan destinasi pelancongannya kerana dengan promosi berterusan yang dilakukan oleh Negeri Selangor melalui agensi pelaksananya iaitu Tourism Selangor kini mula menampakkan hasil apabila produk dan destinasi pelancongan dinegeri Selangor semakin dikenali dan menjadi pilihan percutian oleh para pelancong dalam dan luar negara . Pada awal kempen ‘Selangor Shines dijalankan memang terdapat

    10 destinasi pelancongan yang terkenal dan sering menjadi perhatian utama pelancong apabila mereka berkunjung ke negeri Selangor dan jumlah destinasi tersebut semakin bertambah . Berikut adalah 20 destinasi di negeri Selangor yang popular di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara :

     

    Senarai 20 Destinasi Pelancongan Yang Popular Di Negeri Selangor

     

     

     

    Bil.

     

    Destinasi Pelancongan

     

    Daya Tarikan

     

    1.

     

    Sunway Lagoon , Petaling Jaya

     

    –   Taman Tema Air

    –   ‘One stop centre   bagi hiburan   , membeli   belah dan lain-lain

     

    2.

     

    Batu Caves , Gombak

     

    –   Perayaan Thaipusam

    –   Tempat beribadat      terbesar Bagi masyarakat     India.

     

    3.

     

    Kelip-Kelip , Kuala Selangor

     

    – Menyaksikan keindahan hidupan kerdipan kelip-kelip pada waktu malam .

     

    4.

     

    Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam

     

    -Kecantikan dan keuinikan seni bina islam

    -Mempunyai kubah dan menara antara yang tertinggi didunia ..

     

    5.

     

    Sepang Gold Coast, Sepang

     

    -Menawarkan            pengalaman percutian yang indah dengan tinggal di chalet-chalet di atas air yang menganjur ke Selat Melaka dan       binaan        chalet       yang

    menyerupai pokok palma ( dilihat

     

     

     

        dari udara ) seperti sebuah lagi resort yang terdapat di negara Timur Tengah .
     

    6.

     

    Dong Zen Monastery   Temple Kuala Langat

     

    -Tempat beribadat bagi penganut agama Budha yang setiap tahun menganjurkan pelbagai       aktiviti seperti ‘Pesta Tanglung’ serta mempunyai landskap cantik dan bersih .

     

    7.

     

    Forest     Research    Institute     Of Malaysia ( FRIM ) , Kepong

     

    -Tempat beriadah serta menjadi

     

     

    kunjungan bagi pengemar mahupun pengkaji flora dan fauna serta    mempunyai   hutan   hujan yang tertua di Malaysia.

     

    8.

     

    Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang

     

    -Sebuah  muzium     yang   serba indah yang memaparkan sejarah yang amat bernilai                    mengenai kehidupan dan          pemerintahan Institusi Diraja Negeri Selangor .

     

    9.

     

    Bukit Malawati , Kuala Selangor

     

    -Sebuah      kota                     peninggalan kerajaan Melayu Selangor serta menyimpan                    pelbagai           cerita sejarah     juga     misteri       dan menempatkan        makan    Diraja Selangor .

    -Juga merupakan tempat bagi Mencerap anak bulan serta Rumah Api yang dibina pada 1907 dan beroperasi hingga kini bagi pengguna Selat Melaka

     

    10.

     

    Hutan Lipur Kanching, Rawang

     

    -Merupakan tempat paling popular bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil mandi manda di air terjun yang airnya

    sejuk dan menyegarkan.

     

     

     

     

    11.

     

    I-City Shah Alam , Shah Alam

     

    -Menyaksikan keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’ dan yang terkini tidak lama lagi permainan taman tema air yang menyeronokan .

     

    12.

     

    Kidzania, Mutiara Damasara

     

    -Taman tema ‘indoor’ bagi kanak- kanak yang mempunyai pelbagai aktiviti yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak .

    -Hanya terdapat beberapa buah

     

     

    taman tema seperti ini diseluruh dunia .

     

    13.

     

    Morib Gold Coast , Kuala Langat

     

    -Sebuah resort yang mempunyai pelbagai aktiviti riada bersama keluarga serta sebuah mini taman tema air .

     

    14.

     

    Litar Formula One , Sepang

     

    -Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabngsa dan antara litar yang terbaik di dunia .

     

    15.

     

    Pusat Membeli Belah GM , Klang

     

    -Pusat membeli belah barangan secara borong yang sangat terkenal .

     

    16.

     

    Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands ( Dalam sempadan Hulu Selangor )

     

    -Kebun tanaman buah strawberi yang sangat terkenal dan turut menyajikan pelbagai makanan diperbuat daripada buah strawberi.

    -Pengunjung boleh memetik sendiri buah tersebut.

     

     

     

        -Serta terdapat juga tanaman sayur , ternakan madu lebah serta kebun cendawan.
     

    17.

     

    Hutan Lipur Sungai Chongkak Kuala Langat

     

    -Sebuah resort yang terletak di dalam hutan semulajadi dan mempunyai chalet untuk disewa.

    -Boleh menjalankan aktiviti seperti hari keluarga serta program perkhemahan juga kem motivasi .

    -Mempunyai sungai yang bersih serta sesuai untuk mandi manda dan berkelah bersama keluarga mahupun teman-teman .

     

    18.

     

    Jalan Tengku Kelana , Klang

     

     

    ( Little India )

     

    -Tempat yang amat popular yang

     

     

    Menempatkan     pelbagai       kedai serta gerai yang menjual pelbagai keperluan bagi masyarakat India

    -Amat sibuk menjelang perayaan Deepavali

     

    19.

     

    Homestay Selangor

     

    -Negeri Selangor mempunyai 15 buah homestay yang berlesen yang menawarkan pengalaman suasana kehidupan kampung yang aman dan tentera serta pelbagai aktiviti budaya dan kraftangan kampung yang cantik dan bernilai . .

     

    20.

     

    Genting Highlands, Genting

    ( Dalam    sempadan    pentadbiran Hulu Selangor )

    -Sebuah    taman     tema     yang

    terletak di tanah tinggi yang terkenal di seluruh dunia dan menawarkan pelbagai aktiviti permainan serta membeli belah .

     

  3. Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang telah dan bakal disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosikan dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-pelancongan yang unik?

    Sekinchan ialah sebuah pekan kecil di daerah Sabak Bernam yang mempunyai banyak keistimewaan dan daya tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor telah banyak membantu terutama dari aspek promosi dan publisiti bagi membantu Sekinchan untuk terus terkenal kerana beberapa faktor boleh menjadi faktor kekurangan pelancong terutama iaitu dari aspek kedudukan yang jauh dari Shah Alam dan Kuala Lumpur.

     

    Keunikan Sekinchan yang berkedudukan hampir dengan pesisir pantai serta disekelilingi pula dengan kebun buah-buahan serta keindahan sawah padi saujana mata memandang . Kemeriahan lebih terasa apabila tiba musim menuai dan yang paling menariknya di Sekinchan tiga kaum utama terlibat dalam mengerjakan sawah padi iaitu Melayu, Cina dan yang paling menarik ialah kaum India juga membuat sawah padi yang jarang berlaku   di   negeri- negeri lain di Malaysia.

     

    Buah-buahan segar seperti mangga , ciku dan nangka yang enak dan manis menanti kehadiran pelancong serta hasil tanaman seperti jagung, keladi            serta ubi kayu sentiasa boleh didapati hampir sepanjang tahun.

     

    Selain produk pertanian, Sekinchan juga begitu sinonim dengan hasil laut yang segar dan terdapat juga industri hiliran seperti udang kering, ikan masin, keropok serta industri membuat kek ikan dan bebola ikan.

     

    Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat di Sekinchan Kerajaan           Negeri Selangor melalui Tourism Selangori telah membantu dalam banyak aspek terutama dalam mempromosikan destinasi ini samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa . Berikut adalah beberapa tindakan yang                       telah   dilakukan                     oleh     Tourism     Selangor         dalam     membantu     mempromosikan Sekichan seperti :

     

    • Menyediakan risalah pelancongan
      • Selangor Breakaway
      • Risalah Pelancongan daerah Sabak Bernam
      • Selangor Vision

     

    • Membawa wartawan dan pengamal media melalui Selangor Shines Fam Tour 2010 dan

     

    • Membawa deligasi agensi pelancongan dari Singapura melalui Fam Tour Agensi Pelancongan dari

     

     

     

     

    • Promosi melalui laman web TSSB

     

    • Promosi Pelancongan dalam dan luar negara
    • Roadshow Selangor Shines seluruh negara
    • Kembara Selangor Shines sekolah menengah dan IPTA / IPTS seluruh Selangor
    • MASUM / SMIFT
    • Roadshow Selangor Shines Pantai Timur 2012

     

     

    • Promosi Luar Negara
    • ATM Dubai
    • ITB Asia , Singapura
    • ITE , Vietnam
    • Abacus Holiday Fair , Brunei
    • Voyage Expo , India
    • International Travel Fair 2012 , Taiwan
    • Selangor Meets China
    • Selangor Meets Indonesia

     

     

    • Tajaan penerbitan Sekichan Tourist Book 2011 dan 2012

     

    Walaupun Sekinchan mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek pelancongan namun pelbagai tindakan perlu diambil bagi memastikan ianya terus dikenali dan menjadikan faktor jarak bukanlah penghalang bagi pelancong tempatan dan luar negara untuk mengunjungi Sekinchan.   Sehubungan dengan itu semua ‘key players’ dan penggerak utama pelancongan di Sekinchan perlu mencari inisiatif bagi memastikan Sekinchan terus dikenali di samping mewujudkan produk-produk baru pelancongan bagi memastikan kesinambungan aktiviti pelancongan di kawasan ini.

     

    Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sekinchan sebagai destinasi pelancongan unik di Selangor. Antara tindakan yang akan terus dilakukan adalah seperti berikut :

     

    • Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan samada di dalam mahupun pun luar negara dan sentiasa mengkaji pasaran baru yang sesuai bagi mempromosikan Sekinchan kerana bukan semua siri promosi luar negara

     

     

     

    yang disertai sesuai untuk mempromosikan agro pelancongan yang terdapat

    di Sekinchan .

     

    • Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan Sekinchan dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan

     

    • Pada masa-masa akan datang Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan Sekinchan secara terus kepada ‘key players’

     

    • Tourism Selangor juga akan terus mempromosikan Sekinchan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada di media cetak, mahupun elektronik bagi memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi

     

    • Tourism Selangor juga akan membawa dan menganjurkan acara-acara yang akan menjadikan Sekinchan sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para

     

    • Tourism Selangor juga akan menyediakan pakej-pakej yang menarik bagi menarik lebih ramai

Lampiran

Tiada Lampiran.