Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

179) MASALAH BEKALAN AIR DI KAWASAN PADI DI SAWAH SEMPADAN TANJONG KARANG

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Umum memaklumi bahawa Tanjong Karang merupakan jelapang padi negeri Selangor. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kemarau yang melanda sawah-sawah padi di kawasan sawah sempadan bagi musim penanaman tahun 2012?

     

    JPS melalui agensi yang dipertanggungjawabkan sentiasa komited mengatasi masalah kemarau bukan sahaja di kawasan sawah sempadan malah mencakupi keseluruhan kawasan jelapang di mana pihak JPS sentiasa memantau pergerakan sumber air untuk mengairi kawasan Daripada perlaksanaan pihak JPS, sekiranya berlaku musim kemarau, pam-pam bergerak dihantar mengikut kawasan tertentu untuk keperluan yang bersesuaian. Selain dari itu, pam-pam kekal juga digerakkan sekiranya ada keperluan.

     

    Di samping itu juga pihak JPS sentiasa mengamalkan konsep kitar semula air sawah bagi mengelakkan pembaziran kepada sumber air dan menggalakkan petani mengamalkan amalan pengairan terbaik bagi menggalakkan pembaziran air pengairan.

     

  2. Sekiranya ada usaha-usaha dibuat, nyatakan berapa jumlah kewangan yang dibelanjakan?

    Usaha-usaha di atas merupakan kerja-kerja operasi bagi kawasan pengairan dan hanya melibatkan peruntukan mengurus sebanyak RM300,000 untuk kerja- kerja pembersihan palong dan penyelenggaraan parit-parit di kawasan jelapang padi Sawah

  3. Apakah usaha jangka panjang kerajaan negeri untuk mengatasi masalah kekurangan air di kawasan penanaman padi di Tanjong Karang?

Lampiran

Tiada Lampiran.