Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

175) SKIM PEMBERIMILIKAN TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah jenis tanah kediaman yang tidak tergolong dalam pembayaran premium pendahuluan RM 1000 dan dapat potongan 30% sekiranya bayaran penuh dibuat dalam masa 6 bulan?

    Pemakaian Skim Pemilikan Tanah Kerajaan Untuk Tujuan Bangunan Kediaman Persendirian yang telah dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri mulai 1 Jun 2012 adalah seperti berikut :

     

    1. Skim ini akan diguna pakai untuk semua permohonan pemberimilikan dan perlanjutan tempoh pajakan tanah bagi tujuan bangunan kediaman untuk tujuan persendirian sahaja di seluruh Negeri Selangor; dan

     

    1. Skim ini juga terpakai kepada semua permohonan serentak mengubah syarat tanah dan perlanjutan tempoh pajakan di bawah Seksyen 204B KTN atau Seksyen 197 KTN dan 76 KTN untuk tujuan kediaman persendirian

     

    Apa-apa jenis tanah kediaman yang tidak termasuk dalam (1) dan (2) adalah tidak termasuk dalam pemakaian skim ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.