Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

173) TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ada pihak-pihak tertentu menyatakan premium tanah di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat terlalu tinggi khususnya rumah kediaman. Sejauh mana kenyataan itu benar

    Kadar pengiraan harga premium tanah bagi tanah kediaman adalah berdasarkan penilaian semasa oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Jumlah premium lazimnya tinggi pada masa sekarang berbanding dengan beberapa tahun yang lepas kerana formula ini mengambil kira nilaian tanah pada harga semasa. Namun demikian, Pekeliling PTGS Bil.6/2011 telah memberi pilihan kepada rakyat untuk membayar premium berdasarkan kemampuan

  2. Jelaskan bagaimana premium tanah itu dikira (berapa kategori)

    Premium tanah dikira berdasarkan formula berikut :

    1/4 x 1/100 x nilaian tanah yang diluluskan x tempoh pajakan x luas Pemohon diberi 2 kaedah pembayaran iaitu :

    Pembayaran secara sekali gus dalam tempoh masa yang ditetapkan dengan pemberian diskaun sebanyak 30% daripada premium yang dikenakan atau

     

    Bayaran premium nominal pada kadar RM1,000 bagi setiap hak milik dan bayaran khas tanah pada kadar mengikut formula tersebut apabila tanah hendak dipindah milik melalui proses jual beli. Hak milik bagi tanah ini akan dikenakan sekatan kepentingan

Lampiran

Tiada Lampiran.