Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
170) PROJEK TEBATAN BANJIR KAMPUNG SUNGAI SERAI, HULU LANGAT
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Projek Tebatan Banjir Kampung Sungai Serai ?
Masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Kg. Sg Serai Daerah Hulu Langat adalah berpunca daripada sistem saliran yang sempit, saiz pembetong jalan yang kecil dan ruang penyelenggaraan yang terhad. Kampung Sungai Serai juga adalah merupakan kawasan dataran banjir Sungai Langat dengan keadaan tanah yang
RTB Sungai Serai telah dicadangkan bagi mengatasi permasalahan ini dengan skop kerja melibatkan pembinaan sebuah kolam takungan seluas 5.8 hektar di bahagian hulu sungai. Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran sepanjang 535 meter panjang serta menaiktaraf 3 buah pembetong sedia ada dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah banjir di kawasan Kg. Sg Serai. Walau bagaimanapun, cadangan kolam dan sungai sedia ada adalah terletak di dalam tanah persendirian dan ianya perlu dibuat pengambilan balik tanah.
-
Bilakah projek ini akan dimulakan ?
Ketiga-tiga kerja-kerja menaiktaraf pembentung sedia ada kepada Jambatan telah dilaksanakan oleh pihak JKR. Dua projek naiktaraf pembentung di Sungai Serai dan Sungai Putih sedang dalam perlaksanaan dengan kos masing-masing sebanyak RM470,713.60 dan RM325,145.00. Manakala satu lagi projek
menaiktaraf pembentung di Sungai Jernih baru dilantik. Bagi projek kolam pula, tanah yang terlibat telah dikenal pasti dan proses pengambilan sedang dilaksanakan. Dijangkakan projek menaiktaraf sistem saliran ini akan dilaksanakan segera setelah pengambilan balik tanah selesai. Peruntukan siling RMKe10 yang diluluskan untuk projek ini adalah berjumlah RM1.5 juta
-
Adakah Kerajaan Negeri akan membayar ganti rugi kepada penduduk yang musnah harta benda akibat banjir yang kerap berlaku.
Jika berlaku bencana banjir, Kerajaan Negeri melalui tabung bencana daerah akan mengeluarkan peruntukan bencana kepada mangsa berpandukan Akta Tatacara Kewangan 1957 Penubuhan dan Arahan Akaun Amanah Di Bawah Seksyen 9 Tabung Bencana Khas Negeri Selangor yang telah dikeluarkan sebagai panduan dimana sebanyak RM500.00 maksima bayaran kepada satu keluarga mengikut tahap kerosakan yang Tiada bantuan ganti rugi diberikan kepada mangsa bila berlaku bencana.