Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
169) PROGRAM AIR PERCUMA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejak pelancaran program air percuma 20m_ pertama, berapakah jumlah penduduk pangsapuri yang telah dapat menikmati bantuan tersebut?
Setakat 31 Oktober 2012, sejumlah 93,132 penduduk (unit kediaman) melibatkan 339 kawasan pangsapuri telah mendapat manfaat rebet air percuma daripada Kerajaan Negeri seperti berikut:
BIL JENIS METER
KAEDAH PEMBERIAN REBET AIR PERCUMA
BILANGAN PENDUDUK (UNIT KEDIAMAN)
JUMLAH KAWASAN PANGSAPURI
1. Individu Kaedah pengebilan secara automatik bil air individu oleh SYABAS
31,917 123 2. Pukal Kaedah LAPOR DAN DAPAT -Pengebilan bil air unit rumah oleh Pengurusan Bangunan seperti Pemaju/JMB/
MC/Ejen Pengurusan
61,215 216 JUMLAH 93,132 339 -
Daripada jumlah itu, berapakah jumlah penduduk yang terdiri daripada penghuni pangsapuri kos rendah?
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72,372 penduduk (259 kawasan) adalah terdiri daripada penduduk pangsapuri kos rendah yang telah mendapat manfaat rebet air percuma daripada Kerajaan Negeri seperti berikut:
BIL JENIS METER
KAEDAH PEMBERIAN REBET AIR PERCUMA
BILANGAN PENDUDUK (UNIT KEDIAMAN)
JUMLAH KAWASAN PANGSAPURI
1. Individu Kaedah pengebilan secara automatik bil air individu oleh SYABAS
11,157 43 2. Pukal Kaedah LAPOR DAN DAPAT serta pengebilan bil air unit rumah oleh Pengurusan
Bangunan seperti Pemaju/JMB/ MC/Ejen Pengurusan
61,215 216 JUMLAH 72,372 259 -
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk pangsapuri untuk nikmati program air percuma ini?
Masalah-masalah yang menyebabkan penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter air pukal tidak mendapat rebet air percuma melalui kaedah LAPOR DAN DAPAT (dahulunya sistem KUPON) kerana ketiadaan pengurusan bangunan yang sah yang bertanggungjawab atau kekangan tenaga kerja untuk menguruskan pengagihan rebet air percuma kepada
Manakala khusus bagi PANGSAPURI BUKAN KOS RENDAH, Kerajaan Negeri telah menetapkan dasar pemberian rebet air percuma akan diberi secara automatik melalui pelaksanan migrasi meter air pukal kepada meter air individu.