Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
165) RUMAH MAMPU MILIK NEGERI
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2013 mengumumkan Ð Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dari RM100 - RM400 ribu dan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Ð rumah kos rendah & sederhana dari RM110 Ð RM250 ribu serta rumah Mesra Rakyat berharga RM45 ribu dengan subsidi RM20 ribu. Nyatakan harga rumah-rumah yang dibina oleh anak-syarikat kerajaan negeri serta lokasinya?
Kerajaan Negeri melalui PKNS sehingga kini sedang membina sebanyak 1,546 unit rumah mampu milik di dua (2) lokasi iaitu di Bandar Baru Bangi dan Bukit Botak Selayang. Harga jualan pula dianggarkan di antara RM60,000.00 hingga RM99,000.00 bergantung kepada saiz rumah. Pecahannya adalah seperti berikut:
Bandar Baru Bangi
PKNS 124 Dijangka siap Mac 2013
RM60,000.00 — RM99,000.00
Bukit Botak, Selayang
PKNS 1,422 Dijangka siap Disember 2012
RM99,000.00
Jumlah 1,546 -
Apakah jumlah sasaran kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat Selangor ketika ini?
Kerajaan Negeri telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai bagi penyediaan pembangunan perumahan mampu milik dengan sasaran sebanyak 11,629 unit rumah mampu milik di tapak yang telah dikenalpasti dari tahun 2013 sehingga tahun Daripada jumlah tersebut, sebanyak 10,696 unit akan dibina PKNS manakala sebanyak 933 unit lagi akan dibangunkan oleh pihak swasta. Pecahan perancangan projek perumahan mampu milik adalah seperti berikut:
- Perancangan oleh PKNS
Petaling Seksyen U12 Shah Alam 1,104 Seksyen U10 Shah Alam 600 Gombak Kg. Seri Temenggong 418 Kota Puteri 714 Klang Bandar Sultan Sulaiman 240 Jalan Md Sudin 210 Sepang Selangor Science Park 2 350 Seksyen 1D (Fasa 1) 490 Kuala Selangor Seksyen 5 Kota Puteri 214 Hulu Selangor Antara Gapi (Fasa 1) 129 Antara Gapi 1,227 Bernam Jaya 5,000 Jumlah 10,696 - Perancangan oleh Pemaju Swasta
Petaling Seksyen U10 Shah Alam 536 Pekan Baru Sg. Buloh Shah Alam
230 Hulu Langat Kajang 57 Lot 1024 Cheras Belum dimuktamadkan
Klang Bandar Botanik 214 PT 18288 Bandar Klang Belum dimuktamadkan
Jumlah 933 -
Apakah kerajaan negeri bercadang memberi subsidi kepada pembeli rumah kalangan rakyat Selangor yang memerlukan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk memberikan sebarang subsidi kepada pembeli rumah mampu milik kerana harga yang dijual merupakan harga yang dikawal yang mampu dibeli oleh penduduk Negeri Selangor dan ianya jauh lebih murah berbanding dengan perumahan mampu milik yang dicadangkan oleh Kerajaan