Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
162) PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN TANAH SECARA ATAS TALIAN
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakah keberkesanan permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah bagi urusan-urusan tanah yang diuruskan secara atas talian di laman http://consent2u.selangor.gov.my berbanding dengan cara lama?
Permohonan kebenaran pindah milik dan gadaian tanah bagi urusan-urusan tanah yang diuruskan secara atas talian di laman http://consent2u.seIangor.gov.my, atau disebut sebagai sistem e-consent yang telah dibangunkan ini dapat mengurangkan masa pemprosesan permohonan pindahmilik dan
Dengan adanya sistem ini, kakitangan di pejabat tanah tidak perlu lagi membuat kemasukan data seperti mana cara lama. Melalui sistem ini juga maklumat permohonan dihantar secara online dan pengguna awam juga dapat membuat semakan status permohonan dari semasa ke semasa melalui ruangan portal http://consent2u.seIangor.gov.my
-
Berapa banyak permohonan yang telah siap di kendali oleh laman web ini?
Sehingga 31 Oktober 2012, sebanyak 205 daripada 220 permohonan secara online telah berjaya diproses melalui sistem