Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

161) PROGRAM JOM SHOPPING BONUS SELANGORKU

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan bagaimanakah sambutan rakyat Negeri Selangor terhadap program tersebut?

    Sambutan program Jom Shopping Bonus Selangorku agak memberangsangkan, di mana kehadiran peserta mencecah 65% dari senarai

  2. Sila huraikan dengan terperinci berapakah jumlah bilangan yang berdaftar dalam Program TAWAS yang layak menyertai Program Jom Shopping Bonus Selangorku mengikut pecahan daerah dan pecahan kaum?

    1. Jumlah bilangan ahli yang telah diluluskan sehingga 02hb November 2012 adalah sebanyak 83,551. Sebagai makluman, pemberian manfaat Jom Shopping Bonus Selangorku diberi berdasarkan tahun kelahiran, kini TAWAS sedang mengagihkan manfaat tersebut kepada ahli yang lahir pada tahun 2008 yang berjumlah 16,000 ahli seperti yang telah Manfaat tersebut dibahagikan mengikut pecahan kaum.

     

    Jumlah Melayu Cina lndia Lain-Lain
    9,644 5,568 2,498 1,391 187
    100% 57.74% 25.90% 14.42% 1.94%

     

  3. Sila nyatakan adakah Program Jom Shopping Bonus Selangorku ini bersifat one- off atau berterusan pada tahun-tahun akan datang dan nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan dalam menjayakan program tersebut?

    Program ini bersifat one-off, pemberian manfaat diberikan berdasarkan tahun kelahiran yang keempat ahli TAWAS yang telah diluluskan pendaftaran untuk tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011. Sejumlah RM 7.5 juta telah diperuntukkan untuk program Sejumlah RM 1.6 juta telah disalurkan oleh MBI kepada YAWAS untuk ahli yang lahir pada tahun 2008, selebihnya akan di peruntukan ke tahun-tahun yang berikutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.