Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
158) AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan telah bersedia memberi air percuma kepada rakyat yang menduduki apartment?
Setakat 31 Oktober 2012, Kerajaan Negeri telah memberi rebet air percuma kepada 339 kawasan pangsapuri melibatkan 93,132 unit kediaman seperti berikut:
BIL JENIS METER
KAEDAH PEMBERIAN REBET AIR PERCUMA
JUMLAH KAWASAN PANGSAPURI BILANGAN PENDUDUK (UNIT KEDIAMAN) ANGGARAN KOS PERUNTUKAN SETAHUN BAGI REBET AIR PERCUMA
(RM)
1. Individu Kaedah pengebilan secara automatik bil air individu oleh SYABAS
123 31,917 4,366,245.6 2. Pukal Kaedah LAPOR DAN DAPAT -pengebilan bil air unit rumah oleh Pengurusan Bangunan
216 61,215 8,374,212.00 -
Apakah jalan penyelesaian bil air yang tertunggak sejak kerajaan mengambil alih pemerintahan?
a) Langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan bil air tertunggak seperti berikut:
Memberi rebet air percuma kepada pangsapuri-pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter pukal untuk meringankan beban penduduk membuat bayaran bil air;
Mengadakan mesyuarat secara berkala melalui Jawatankuasa PRIHATIN (Pemudah lsu-lsu Hartanah Bertingkat) bagi menyelesaikan isu bil air tertunggak; dan
Menyegerakan pelaksanaan migrasi meter air individu melalui:
- Pindaan dasar/ syarat sedia yang ditetapkan oleh pihak SYABAS demi memudahcara pelaksanaan migrasi meter air individu;
SYARAT 1
PERATUS PERSETUJUAN PEMILIK
Peratus persetujuan pemilik untuk melaksanakan migrasi meter air individu tidak lagi menjadi syarat wajib dan dimansuhkan;
Kelonggaran diberi kepada penyewa membuat permohonan dengan surat kebenaran daripada pemilik; dan
Salinan surat perjanjian jual beli yang tidak dapat dikemukakan pemilik boleh diganti dengan bil cukai taksiran bagi unit terbabit sebagai bukti pemilikan.
SYARAT 2
PENYELESAIAN TUNGGAKAN BIL METER AIR TERDAHULU
Penyelesaian tunggakan bil air secara kontra dengan deposit meter air pukal terdahulu. Manakala, sekiranya terdapat baki tunggakan, kaedah penyelesaian seperti berikut:
ü• Akujanji pelan ansuran bayaran tunggakan yang ditandatangani oleh pihak pengurusan bangunan (pemaju/JMB/MC); atau
ü• Pembahagian tunggakan secara purata kepada setiap rumah.
SYARAT 3
PATUHI KEPERLUAN TEKNIKAL
Surat aku janji daripada pihak pengurusan bangunan untuk bertanggungjawab ke atas keperluan teknikal yang tidak dapat disediakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan SYABAS.
- Perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Migrasi Meter Air Individu Negeri Selangor (PERMAI) secara berjadual bersama senarai pemohon-pemohon yang masih belum mendapat kelulusan perlaksanaan Air Percuma daripada pihak SYABAS. Jawatankuasa ini dianggotai oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd. (SYABAS), Unit Pesuruhjaya Bangunan COB dan pihak pengurusan bangunan (pemaju, JMB atau MC) untuk menyegerakan penyelesaian isu-isu pelaksanaan migrasi meter air pukal kepada meter air individu secara berkesan yang. Selain itu, Jawatankuasa Task Force PERMAI akan membuat pemantauan dengan SYABAS berhubung tindakan yang telah diambil mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut:
Perakuan lulus migrasi meter air individu di peringkat Mesyuarat EXCO SYABAS
2 minggu dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Task Force PERMAI
Aktif akaun migrasi meter air 2 minggu dari tarikh lulus individu bagi pangsapuri Mesyuarat EXCO SYABAS