Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
154) PENGURANGAN EMISI KARBON
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan kerajaan dalam pengurangan emisi karbon?
YAB Perdana Menteri semasa menghadiri Persidangan Perubahan Iklim di Copenhagen, Denmark pada bulan Disember 2009 telah mengumumkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (Greenhouse Gases – GHGs) sehingga 40 peratus intensiti karbon menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2005. Ini adalah sebagai sumbangan negara di peringkat global dalam menangani isu perubahan Indikator pengurangan ini merupakan sasaran sukarela negara dan bukan mandatori serta tertakluk kepada pembangunan teknologi, penyediaan kewangan yang mencukupi serta peningkatan kapasiti.
Bagi menangani isu perubahan iklim secara bersepadu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah menyediakan Dasar Perubahan Iklim Negara yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 20 November 2009. Dasar ini digubal bagi mengarusperdanakan usaha- usaha yang perlu dilakukan oleh Kementerian dan agensi dalam mengambil tindakan menangani isu perubahan iklim.
Dalam usaha mengurangkan emisi karbon berdasarkan intensiti karbon sehingga 40 peratus menjelang tahun 2020 berbanding tahun 2005, Kerajaan telah menyediakan kerangka atau Road Map yang meliputi tiga program utama iaitu, Kecekapan Penggunaan Tenaga (Energy Efficiency – EEj, Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewab/e Energy – RE) dan Pengurusan Sisa Pepejal. Program-program yang melibatkan sektor tenaga iaitu EE dan RE adalah diterajui oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) manakala sektor Pengurusan Sisa Pepejal adalah diterajui oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi program EE, usaha-usaha kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap tenaga, aspek reka bentuk bangunan dan penggunaan amalan pengeluaran bersih (cleaner production) yang dapat mengurangkan penggunaan tenaga di sektor industri dan komersial akan dilaksanakan. Umpamanya, seperti mana yang telah diumumkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Kerajaan akan menghentikan pembuatan, pengimportan dan penjualan lampu incandescent light bulbs pada tahun 2014. mi dijangka dapat mengurangkan 9 juta tan gas karbon dioksida (CO2) pada tahun 2020.
Adalah dijangkakan menjelang tahun 2020, lebih banyak tenaga akan dijana daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui (RE) seperti biojisim, biogas, mini hidro, tenaga suria dan bahan buangan. Ini dijangka dapat mengurangkan 11 juta tan gas karbon dioksida (CO2) pada tahun 2020.
Bagi pengurusan sisa pepejal pula, polisi dan pelan pengurusan sedia ada telah menggariskan beberapa aktiviti yang boleh menyumbang kepada pengurangan emisi karbon seperti kitar semula dan penggunaan teknologi alternatif seperti kemudahan Material Recovery Facility (MRF) dan Loji Rawatan Haba (thermal Treatment Plant). Pengurusan sisa pepejal secara holistik melalui penggunaan tapak pelupusan sanitari dapat membantu memperoleh kembali (recovery) gas metana (CH4) yang terbebas untuk menjana tenaga. Ini dijangka dapat mengurangkan 25 juta tan gas karbon dioksida (CO2) pada tahun 2020.
Di samping program-program utama seperti yang telah dinyatakan, keluasan hutan Negara juga harus dikekalkan pada tahap sekurang- kurangnya 50% daripada jumlah keluasan tanah Negara. Ini untuk menjamin penyerapan dan penyimpanan karbon dioksida secara berterusan. Buat masa sekarang 56.4% daripada keluasan tanah Negara adalah diliputi oleh hutan.
Bagi usaha mengurangkan emisi karbon dalam jangka masa panjang, Kerajaan akan menyediakan satu Road Map yang komprehensif dan terperinci. Ini akan melibatkan sektor-sektor lain seperti pengangkutan, proses industri, pertanian dan perhutanan.
-
Berapakah jumlah emisi karbon yang dikurangkan dari 2008 hingga 2011?
Mengenai jumlah emisi karbon yang dikurangkan dari 2008 hingga 2011, data-data berkenaan belum lagi tersedia memandangkan pada ketika ini, Malaysia menerusi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) sedang menyediakan Laporan Komunikasi Kebangsaan Ketiga (Third National Communication – NC3) kepada Sekretariat Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change – UNFCCC). Laporan ini antara lain merangkumi data-data emisi karbon dari lima (5) sektor
utama iaitu tenaga, industri, sisa buangan, perubahan guna tanah dan pertanian pada tahun 2005 yang telah ditetapkan sebagai tahun asas (base year) bagi perlaporan NC3.
-
Adakah kerajaan pertimbangan pemberian ganjaran terhadap entiti yang berjaya dalam pengurangan emisi karbon?
Bagi mengalakkan syarikat (entiti) ke arah pengurangan emisi karbon, Kerajaan sememangnya memberi ganjaran atau insentif merangkumi perkara-perkara berikut iaitu:-
- Pengecualian cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dari hasil jualan Sijil Pengurangan Pelepasan (Certified Emission Reductions – CERs) oleh syarikat yang mengusahakan projek di bawah Mekanisme Pembangunan Bersih (Clean Development Mechanism – CDM);
- Penyediaan Skim Feed-in-Tariff (FIT) oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) bagi menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, biomas atau angin dengan menjual semula lebihan tenaga kepada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB); dan
- Penyediaan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (Green Technology Financing Scheme – GTFS) oleh Green Technology Corporation bagi memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau serta membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti