Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

150) KECICIRAN NAMA PENDUDUK BUKIT BOTAK DALAM AGIHAN RUMAH

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selepas pentadbiran Negeri Selangor diambil alih Pakatan Rakyat, YAB Menteri Besar pernah menjanjikan bahawa 1,446 keluarga yang tinggal di Bukit Botak akan mendapat rumah yang bakal dibangunkan ketika itu. Tetapi hari ini, terdapat beberapa keluarga yang tidak puas hati kerana mereka tidak ditawarkan rumah sebagaimana yang dijanjikan, sungguhpun nama mereka telah pun didaftar dalam bancian yang dijalankan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak sebelum ini. Mereka juga menolak tawaran harga pampasan kerana didapati terlalu rendah. Apakah jaminan yang boleh diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan kesemua 1,446 keluarga di Bukit Botak mendapat rumah yang telah dijanjikan kepada mereka?

  2. Apakah rasional bagi Kerajaan Negeri Selangor menilai pampasan tanah di Bukit Botak pada kadar RM6.00 sekaki persegi berbanding yang ditawarkan oleh pihak PKNS ketika itu pada kadar RM25.00 sekaki persegi?

  3. Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan penurunan harga kos rumah bagi membolehkan keupayaan penduduk membeli (affordability), lebih-lebih lagi ramai di kalangan penduduk di sini sudahpun lanjut usia serta mereka daripada golongan berpendapatan rendah dan sukar untuk mendapat pinjaman bank?

Lampiran

Tiada Lampiran.