Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
81) TANAH YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun:
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Mahkamah memutuskan bahawa tindakan kerajaan negeri melucutkan tanah milik YBK di Serendah dan memulangkan bayaran cukai sebagai tidak sah dan terbatal. Apakah kerajaan negeri tidak mendapat nasihat perundangan ketika melakukan tindakan perlucutan dan pemulangan cukai terdahulu?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mempertimbangkan projek UiTM di Serendah?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin melalui NGO- NGO?