Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
40) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan negeri masih belum berjaya mengambil alih pengurusan air negeri dari operator swasta. Nyatakan kronologi dan kos diperlukan untuk pengambilalihan?
Langkah untuk menyusun semula Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor adalah selaras dengan hasrat dan matlamat Kerajaan Persekutuan untuk menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan. Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) melalui surat bertarikh 11 Februari 2008 telah memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor bahawa melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 16 Januari 2008 telah menimbangkan dan memutuskan:-
- supaya KDEB mengambil alih operari danpenyelengggaraan bagi rawatan dan pembekalan air di Negeri SeIangor,WiIayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk Loji Langat 2; dan
- supaya Kerajaan Negeri Selangor bekerjasama dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dalam melaksanakan penstrukturan semula perkhidmatan air di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya secara KDEB akan menjadi peneraju utama dalam konsortium baru.
Pada 22 Januari 2008, PAAB telah memberikan taklimat kepada Kerajaan Negeri Selangor menerangkan mengenai peranan PAAB di dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara.
Rundingan dan perbincangan telah diadakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan KTTHA semenjak tahun 2008. Beberapa siri perbincangan juga telah diadakan di antara YAB Dato’ Menteri Besar Selangor dengan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air bermula dari 20 April 2009.
Bagi merealisasikan cadangan penstrukturan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan tawaran bagi mengambil alih Syarikat Konsesi Air sebanyak tiga (3) kali iaitu:-
- 13 Februari 2009 pada nilai sebanyak RM5,709 juta;
- 25 Jun 2009 pada nilai sebanyak RM9,218 juta; dan
- 31 Januari 2010 pada nilai sebanyak RM9,227
Status tawaran adalah seperti berikut:-
,II I8JI AH 13.02. 2009 5,709 Ditolak Konsesi
oleh kesemua Pemegang 25. 06.2009 9,218 • ABASS dan SPLASH bersetuju menerima tawaran • SYABAS dan Puncak menolak
tawaran
31.01.2010 9,227 Ditolak Konsesi
oleh kesemua Pemegang Dalam menetapkan kos yang diperlukan untuk pengambilalihan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor amat menitikberatkan harga berpatutan yang tidak membebankan pengguna di samping tidak merugikan mana-mana pihak. Elemen-elemen yang telah diambil kira dalam membuat penilaian harga tawaran adalah:-
- jumlah pelaburan yang telah dibuat oleh pemegang saham di dalam Syarikat Konsesi Air;
- tempoh pelaburan yang telah dibuat;
- jumlah hutang yang ditanggung;
- PAAB akan mengambil alih aset air dari SPV Air pada nilaian aset bersamaan dengan 1 kali Nilai Buku (1x Book Value); dan
- pulangan keuntungan sebanyak 12%
Harga yang ditawarkan kepada Pemegang Konsesi adalah mengandungi nilaian aset, nilaian ekuiti dan liabiliti termasuk bon yang ditanggung oleh Pemegang Konsesi yang berkaitan khusus dengan perkhidmatan air sahaja. Harga yang ditawarkan adalah anggaran sahaja. Harga sebenar akan ditentukan selepas proses due diligence disempurnakan. Sebarang perbezaan dan/atau ketidaktepatan ke atas nilai yang dianggarkan selepas proses due diligence disempurnakan, maka nilai sebenar yang akan dibayar kepada Pemegang Konsesi akan diselaraskan sebagaimana patut.
Sekiranya tawaran tersebut tidak dipersetujui oleh syarikat konsesi dari segi tawaran, maka Kerajaan Negeri Selangor akan merujuk perkara berkaitan nilaian tersebut kepada Badan Timbang Tara Bebas Antarabangsa (lndependent international Arbitration). Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa rujukan kepada Badan Timbang Tara Bebas ini adalah bertujuan untuk menentukan fair market value di mana semua pemegang saham di dalam syarikat konsesi akan dibayar pampasan yang adil dan munasabah. Tidak ada mana-mana pihak yang akan mengalami kerugian dari pelaburan yang telah mereka buat di dalam industri tersebut.
Sehingga hari ini, penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor di bawah Model Holistik masih belum dapat dimuktamadkan. Kerajaan Negeri Selangor telah menulis beberapa pucuk surat kepada YAB Timbalan Perdana Menteri dan YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, namun masih belum mendapat persetujuan bersama di dalam memuktamadkan penstrukturan semula ini.
Memandangkan terdapat kepentingan dan kesegeraan untuk memuktamadkan penstrukturan semula ini, YAB Dato’ Menteri Besar di dalam kepada YAB Timbalan Perdana Menteri telah menggesa supaya diadakan mesyuarat di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Jawatan Kuasa Khas Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. Setakat 31 Oktober 2012, Kerajaan Negeri Selangor masih belum menerima apa-apa maklum balas dari YAB Timbalan Perdana Menteri ke atas cadangan mesyuarat dengan Jawatan Kuasa Khas Kabinet Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor dan juga belum ada maklum balas lain dari YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air.
-
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan tersebut?
Pindaan Perlembagaan pada tahun 2005 telah meletakkan a ir di bawah Senarai 111- Senarai Melalui Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) telah diperuntukkan bahawa Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif berkenaan dengan segala perkara berhubungan dengan sistem bekalan air dan perkhidmatan air di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.
Selain dari itu, Kerajaan Negeri Selangor telah menswastakan perkhidmatan bekalan air semenjak tahun 1994 dan penswastaan sepenuhnya telah dilaksanakan pada tahu n 2004. Melalui penswastaan ini, Perjanj ian Konsesi telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dan Syarikat Konsesi Air.
Dalam proses untuk mengambil alih semula perkhidmatan bekalan air dari Pemegang Konsesi untuk diurus kan oleh Kerajaan Negeri sepen uhnya, ia perlu melalui proses deprivatisation yang akan melibatkan banyak pihak. Deprivatisation akan menjurus kepada penamatan perjanjian konsesi sedia ada. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang dan tiada undang-undang yang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai.
Oleh yang demikian, dalam melaksanakan pengambilalihan semula perkhidmatan bekalan air dari Pemegang Konsesi, Kerajaan Negeri adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian di mana sejum lah pampasan perlu untuk disediakan untuk dibayar kepada Pemegang Konsesi. Sekiranya Pemegang Konsesi tidak dibayar pampasan yang setimpal, perkara ini boleh mendedahkan Kerajaan Negeri kepada tindakan undang-u ndang dan pada masa yang sama Kerajaan Negeri boleh dianggap bertindak bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
Pemegang Konsesi menuntut nilai pampasan yang tinggi walaupun Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk membayar 12% sebagai pulangan kepada pelaburan yang dibuat serta mengambil alih semua liabiliti berkaitan air.
Keengganan Kerajaan Persekutuan untuk turut serta bersama Kerajaan Negeri di dalam rundingan pengambilalihan syarikat konsesi telah melambatkan penstrukturan semula dimuktamadkan walaupun Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa eksekutif dalam sektor air sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1) Akta 655.
-
Adakah mekanisme dan harapan untuk menyelesaikan pengambilalihan ini?
Kerajaan Negeri Selangor telah bersedia dengan tawaran baru untuk pengambilalihan Sekiranya tiada sebarang maklum balas di terima dari Kerajaan Persekutuan berhubung pendirian Kerajaan Persekutuan untuk turut serta dalam pengambilalihan dengan Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Negeri Selangor akan membuat tawaran baru kepada Pemegang Konsesi Air.