Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

32) SISTEM AES

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Memandangkan terdapatnya rungutan daripada rakyat di Negeri Selangor, adakah kerajaan Negeri Selangor merancang untuk mengkaji semula Sistem AES di negeri Selangor?

    Pelaksanaan Sistem AES di Negeri Selangor adalah masih di dalam peringkat kajian. Bagi usaha ini, pihak Kerajaan Negeri telah meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memberikan taklimat berkaitan Pelaksanaan Sistem AES khususnya di Negeri Sehubungan itu, JPJ Malaysia telah pun membentangkan taklimat tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri.

  2. Adakah kerajaan negeri mempunyai hak untuk menolak perlaksanaan sistem tersebut?

    Berdasarkan taklimat yang telah disampaikan oleh pihak JPJ Malaysia, pihak Kerajaan Negeri bercadang menolak pelaksanaan Sistem AES. Ini kerana JPJ Malaysia perlu mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM) di PBT-PBT. Sekiranya KM tidak meluluskan pemasangan struktur kamera AES maka kamera tersebut tidak boleh Sehubungan itu, bagi pemasangan kamera AES di Selangor iaitu di jalan Kilometer 301.6 Kajang dan Kilometer 6.6 Jalan Kajang / Puchong adalah tidak sah dan tidak boleh digunakan. Oleh itu, Kerajaan Negeri melalui PBT terlibat bercadang untuk mengeluarkan surat notis kepada JPJ Malaysia bahawa kamera tersebut adalah tidak sah. Selain itu, Pihak Berkuasa Negeri juga meminta pihak JPJ Malaysia membuat satu kajian bebas akan keberkesanan sistem tersebut sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.