Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

31) PENULARAN PENYAKIT TB

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kes penyakit TB yang telah disahkan di negeri Selangor?

    Sebanyak 2,697 kes TB (yang telah diasahkan diagnosa) dilaporkan di negeri Selangor sehingga Minggu Epid 44 ( 1 Januari hingga 3 November 2012). Iaitu peningkatan sebanyak 12.8% berbanding tempoh sama pada tahun 2011 (2,390 kes). Kes paling tinggi dilaporkan di daerah Petaling iaitu 831 kes, diikuti oleh Hulu Langat 601 kes, Gombak 461 kes, Klang 430 kes, Hulu Selangor 98 kes, Kuala Langat 87 kes, Kuala Selangor 86 kes, Sepang 52 kes dan Sabak Bernam 52 kes. Namun begitu jumlah kematian tidak banyak berbeza berbanding tempoh sama tahun lepas, iaitu 100 kematian berbanding 95 kematian pada tahun

  2. Apakah punca-punca penyakit ini menular semula di negeri Selangor?

    Antara punca-punca yang dikenal pasti adalah ko-infeksi HIV (137 kes), saringan TB di kalangan pekerja warga asing yang agak longgar, peningkatan penghuni Penjara Kajang dan Sg. Buloh, penempatan/ pemindahan pelatih PUSPEN menghidap HIV di PUSPEN Serendah (akibat penutupan PUSPEN Tampin, SembiIan), peningkatan pendatang tanpa izin yang tidak menjalani saringan TB dan kelekaan masyarakat yang menganggap penyakit TB telah dieliminasi. Walaubagaimanapun, kes TB di Selangor turut meningkat seiring dengan pengukuhan aktiviti pengesanan dan saringan kes simtomatik dan kumpulan berisiko tinggi serta pengukuhan aktiviti pengesanan dan pengesanan kontak pesakit TB. Bertujuan memastikan tindakan kawalan dan pencegahan dapat dilaksanakan dengan segera bagi menyekat penularan kes TB seterusnya di dalam komuniti.

  3. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mencegah penularan penyakit ini di negeri Selangor?

    Semua fasiliti kesihatan di dalam Selangor sedang meningkatkan kadar pengesanan kes TB dengan meningkatkan saringan kes di Jabatan Pesakit Luar dan saringan di kalangan pesakit yang berisiko tinggi serta pengukuhan pengurusan kes dan kontak TB. Antara inisiatif baru yang dilaksanakan:

     

    • Program Pencarian Kes TB Secara Intensif (/n/ensifying Case Finding TB) dan Komunikasi Bagi Perubahan Tingkahlaku Penyakit TB (COMBI-TB) di lokaliti tinggi beban dan komuniti berisiko (mempunyai kes kluster, rendah taraf sosioekonomi, kepadatan tinggi dan jauh dari kemudahan kesihatan kerajaan). la telah dilaksanakan di Sabak Bernam (kawasan PPRT) dan Kuala Langat (kilang yang tinggi bilangan pekerja warga asing).

     

    • Perlaksanaan Pengumpulan Sampel Kahak di ‘Rumah’ (Home Base Sputum Collection) bagi mempercepatkan proses mendiagnosa (anggota kesihatan pergi ke rumah atau lokaliti tertentu bagi membuat saringan simtom dan mengambil sampel kahak di kalangan mereka yang bersimtom).

     

    • Mengukuh kaedah pengesanan kontak TB dan meluaskan sasaran kontak TB kepada tempat kerja dan tempat bersosial dengan nisbah sasaran satu kes indeks kepada sekurang-kurangnya 10 kontak (1:10). Pencapaian nisbah saringan kontak telah meningkat daripada 1:3 pada 2010, kepada 1:4 pada 2011 dan Januari hingga September 2012 mencapai 1:6.

     

    • Meningkatkan saringan kes simtomatik di Jabatan Pesakit Luar (sasaran

    >5%), saringan TB di kem-kem kesihatan dan semua program capaian luar

    (outreach).

     

    • Mula menjalankan saringan berkala di kalangan penghuni rumah-rumah jagaan warga emas secara berkala sejak

     

    • Menyaring pesakit diabetes yang tidak terkawal dan semua penghuni di lokaliti beban TB

     

    • Menambah bilangan fasiliti kesihatan yang boleh membuat diagnosa dan memulakan rawatan

     

    • Bekerjasama dengan lain-lain organisasi kerajaan dan bukan kerajaan seperti International Organization for Migration (IOM), UNHCR, MAPTB dalam melaksanakan aktiviti saringan, penyeliaan rawatan secara terus, mengesan cicir rawatan, bayaran, aktiviti capaian luar dan mopping up imunisasi BCG serta promosi

     

     

     

    1. R) Meluaskan bekalan ubat simpanan TB di Klinik Desa, Klinik 1 Malaysia dan Klinik Ibu dan Anak sejak Mac

     

    • 10)MelaksanakanPublic-Private-Mixedbagi TB: di mana ubat TB dibekal oleh KKM kepada fasiliti swasta agar pesakit letih mudah mengambil rawatan serta meningkatkan kepatuhan kepada ubat-ubatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.