Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
30) RUMAH MAMPU MILIK DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah unit rumah mampu milik dirancangkan dan berapakah unit telah mula bina?
Untuk makluman Y.B, kerajaan negeri bersama- sama pemaju swasta telah membuat perancangan yang komprehensif mengenai keperluan perumahan mampu milik dalam usaha untuk memastikan rakyat Selangor mampu memiliki rumah idaman mereka. Oleh itu, pembinaan rumah mampu milik bukan hanya terhad kepada pihak kerajaan sahaja malah pihak swasta juga turut
Untuk makluman Y.B juga, Kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah mensasarkan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 10,696 unit menjelang tahun 2018. Pembinaan rumah mampu milik ini akan dibina secara berfasa iaitu Fasa 1 akan dibina dalam tahun 2010 hingga 2013 adalah sebanyak 1,215 unit manakala Fasa 2 sebanyak 9,481 unit yang akan dibina dalam tahun 2014 hingga 2018.
Selain itu, kerajaan negeri juga telah meluluskan 6 projek kepada pihak pemaju swasta untuk membina rumah mampu milik. Walaubagaimanapun, jumlah unit yang perlu dibina tidak dapat dikemukakan disebabkan pemaju belum mengemukakan pelan cadangan pembangunan serta pelan Kebenaran Merancang kepada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Untuk makluman Y.B juga, sehingga kini bilangan unit rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan adalah sebanyak 1,682 unit yang dibina oleh PKNS dan pemaju swasta.
-
Apakah harga, keluasan rumah dan lokasinya?
Untuk makluman Y.B, secara umumnya harga jualan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi rumah mampu milik ini adalah dalam lingkungan RM85,000.00 hingga RM150,000.00 seunit untuk keluasan di antara 850 kaki persegi hingga 1,000 kaki Lokasi cadangan projek dan projek yang sedang berjalan serta perinciannya adalah seperti berikut :
- Projek dalam perancangan oleh PKNS:
Fasa 1 (2010 — 2013)
Petaling Seksyen U12, Shah Alam 104 Gombak Kg Seri Temenggung 418 Sepang Selangor Science Park 2 350 Kuala Selangor Seksyen 5, Kota Puteri 214 Hulu Selangor Antara Gapi 129 Fasa 2 (2014 — 2018)
Petaling Seksyen U10, Shah Alam 600 Seksyen U12 1,000 Klang Bandar Sultan Sulaiman 240 Jalan Md Sudin 210 Gombak Kota Puteri 714 Sepang Seksyen 1D (Fasa 1) 490 Hulu Selangor Antara Gapi 1,227 Bernam Jaya 5,000 - Projek swasta yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri:
Hulu Langat Lot 1024, Cheras TJ Land Sdn. Bhd. Lot 8664, Kajang TPPT Sdn. Bhd. Klang PT 18288, Klang Selaman Sdn. Bhd. Bandar Botanic Harum Intisari Sdn. Bhd. Petaling PT20028, PT20642 dan PT20643, Shah Alam
Sin Heap Lee Sdn. Bhd. PT9814 dan PT9815, Pekan Sg Buloh
Sepornia Sdn. Bhd. - Projek sedang dalam pembinaan :
Gombak Bukit Botak, Selayang
PKNS 1,422 850 — 2,200 99,000.00 Hulu Langat Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
PKNS 124 700 – 800 60,000.00 – 99,000.00
Sg Long, Kajang Sin Hup Lee Sdn. Bhd.
136 805 – 881 85,000.00 – 150,000.00
-
Berapakah unit telah dijual pada setakat ini?
Untuk makluman Y.B, sehingga kini penawaran penjualan hanya terhad kepada tiga projek yang sedang Projek yang telah ditawarkan untuk pembelian oleh pembeli- pembeli yang layak hanya di projek Bukit Botak, Selayang di mana seramai 1,422 pembeli/ peneroka Bandar telah ditawarkan. Bagi projek di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, LPHS telah menyerahkan 124 senarai nama pembeli yang layak kepada PKNS untuk ditawarkan, walaubagaimanapun, proses pembelian tidak dapat dibuat lagi disebabkan PKNS masih menunggu kelulusan permit jualan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Manakala bagi projek di Sg Long, Kajang yang dibangunkan oleh Tetuan Sin Hup Lee Sdn. Bhd. hanya akan ditawarkan selepas projek siap sepenuhnya dengan Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) diperolehi.