Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
29) PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan atau program Kerajaan Negeri yang dapat membenturkan identitinya yang tersendiri
Selangor Shines ataupun ‘Selangor Bersinar’ merupakan satu kempen yang diilhamkan oleh Y.B Puan Elizabeth Wong Keat Ping iaitu Exco Pelancongan Negeri Selangor yang merupakan satu kempen bagi menggalakkan dan menarik lebih ramai pelancong ke Negeri Selangor yang dijalankan secara berterusan dan ianya bukanlah Tahun Melawat Selangor. Kempen ini sama seperti kempen- kempen berterusan yang dijalankan oleh negara-negara lain didunia seperti Singapura ( Yours Singapore ) , India ( Incredible Of India ) , Taiwan ( Fun Taiwan ) serta Thailand ( Amazing Thailand ). Kesinambungan daripada pelbagai siri promosi dalam dan luar negara telah disertai untuk mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan pilihan . Antara program promosi yang telah dijalankan serta disertai ialah :
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran bandar bagi melambangkan budaya majmuk
- Dalam Negara
MASUM 2011 dan 2012
MATTA Travel Fair
Roadshow Selangor Shines Pantai Barat 2011 Roadshow Selangor Shines Pantai Timur 2012
Kembara Selangor Shines ( semua program promosi dalam negeri ) Program Fam Tour bersama media dalam dan luar negara
Program Fam Tour bersama agensi pelancongan luar negara Program Promosi Atas Jemputan Tourism Malaysia
Program Promosi Jemputan Kerajaan Negeri
– Program Promosi Jemputan Negeri-Negeri Luar Selangor
ii) Luar Negara
Fascinating Malaysia Singapore Taranasa ,Filipina
Asean Tourism , Brunei dan Cambodia World Travel Mart , London
Arabian Travel Mart , Dubai ITE , Moscow
ITHF , Jakarta ITE , Vietnam MICE , Melbourne
Guangzhou Fair , China JATA , Japan
Selangor Meets China ( Guangzhou , Xunde , Shenzen ) Roadshow India
PATA Travel Mart , Hangzhou PATA Tarvel Mart , India
ITE , Taiwan
ITB Asia , Singapura ITA , Berlin
Abacus Holiday Travel Fair Brunei Selangor Meets Brunei
Selangor Meets Taiwan
Selangor Meets Indonesia ( Pekan Baru , Medan )
Pelbagai acara menarik yang bertemakan dan bercirikan Selangor juga telah dianjurkan , antaranya ialah Selangor Heritage Photo Karnival , Tourism Selangor Day Out , Selangor Muzikal Ekstravaganza, Photography Treasure Hunt , My Selangor Story Bloggers Competiton Selangorlicious Food Campaign , Regatta Selangor serta banyak lagi yang mampu menarik ramai pelancong ke negeri Selangor.
Kempen Selangor Shines yang dilancarkan ini telah dapat memperkenalkan lagi produk-produk pelancongan dan destinasi menarik di seluruh Negeri Selangor yang memfokuskan kepada 10 wonders’ dan ’10 icons’bukan sahaja kepada pelancong-pelancong luaran malahan diharapkan dapat memberikan kesedaran kepada penduduk tempatan iaitu penduduk Negeri Selangor sendiri yang masih lagi kurang kepercayaan kepada produk pelancongan yang terdapat di Negeri Selangor ini. Sesungguhnya banyak tempat menarik boleh dilawati di Selangor.
‘Selangor Has More…’ telah dipilih sebagai tema bagi kempen ini yang mampu menunjukkan kepada semua bahawa terdapat pelbagai produk dan destinasi pelancongan yang menarik terdapat di negeri menanti kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara .
10 Wonders
10 tema pelancongan di Negeri Selangor juga dikenali sebagai ’10 Wonders’. Antaranya:
- Pelancongan Eko (Eco Tourism)
- Pelancongan Agro (Agro Tourism)
- Pelancongan Sukan ( Sports Tourism)
- Pelancongan Budaya & Sejarah ( Culture & Heritage Tourism)
- Pelancongan Makanan & Membeli-Belah ( Shopping & Dining Tourism)
- Pelancongan Kesihatan ( Health & Medical Tourism)
- Pelancongan Pendidikan ( Education Tourism)
- MICE (Meeting, Incentive, Convention & Exhibition)
- Homestay
- Taman Tema (Theme Park)
10 Ikon Selanqor
Disenaraikan ialah 10 ikon Negeri Selangor yang diberi tumpuan oleh pihak Tourism Selangor dalam menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke tempat berkenaan. Antaranya ialah:
- Sunway Lagoon Theme Park
- Masjid Biru ( Blue Mosque)
- Galeri Diraja Klang (Royal Gallery)
- FRIM (Forest Research Institute of Malaysia)
- Kelip-Kelip Kg Kuantan (Fireflies)
- Batu Caves
- Dong Zen Monastery
- Sepang Gold Coast
- Homestay
- Bukit Malawati ( Malawati Hill)
Kerajaan Negeri sentiasa memandang ke hadapan di dalam aspek pembangunan Pelancongan di Negeri Idea serta usul bagi mewujudkan kampung-kampung contoh berhampiran kawasan Bandar untuk memperlihatkan masyarakat majmuk dalam proses kajian kerana ianya memerlukan penelitian secara menyeluruh dalam pelbagai aspek. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri dalam proses pengumpulan maklumat berhubung perkara ini di bawah kerjasama dengan TSSB dan juga Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.