Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

27) KEMISKINAN RAKYAT SELANGOR

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri menetapkan Paras Garis Kemiskinan sekitar RM3000 di Selangor berdasarkan keadaan sosioekonomi semasa. Nyatakan statistik rakyat fakir dan miskin di Selangor ?

    Berdasarkan kepada bancian yang dibuat pada tahun 2007 seramai 1,530,629 orang penduduk di Negeri Selangor berpendapatan kurang dari RM1,500.00. peratusan diperolehi dari jumlah populasi di Negeri Selangor iaitu sebanyak 5,070,000 penduduk menjadikan 18% rakyat di Negeri Selangor tergolong dalam golongan miskin.

  2. Apakah strategi untuk mengatasi masalah kemiskinan ini.?

    Kerajaan Negeri melalui Jawatan Kuasa Tetap (Stanco) kemiskinan telah menggariskan tiga fungsi utama dalam menangani kemiskinan di Negeri Selangor, iaitu dengan menyediakan:

     

    1. Bantuan Perumahan
    2. Bantuan Pendidikan
    • Bantuan Peluang Pekerjaan

     

    1. Bantuan Perumahan

     

    Melalui Program Kerajaan Prihatin, Rumah Program Rakyat Termiskin (PPRT) telah dibina dengan kos maksima sebanyak RM30,000.00 sementara itu bantuan baik pulih juga diwujudkan bagi membantu golongan sasar mendapat kemudahan tempat tinggal yang lebih selesa.

     

    ii        Bantuan Pendidikan

     

    Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan Program Kemahiran Teknikal dengan kerjasama kolej Internasional INPENS di Kuala Selangor dimana peluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran ini dibuka kepada seluruh pelajar  miskin  di Negeri Selangor untuk menyambung pengajian ke

     

     

     

    peringkat tertinggi dan ini diharap dapat mengelakkan jurang pendidikan dan masalah keciciran di kalangan pelajar terutama sekali pelajar luar bandar.

     

    iii.        Bantuan Peluang Pekerjaan

     

    Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor yang diwujudkan pula adalah bagi membantu golongan sasar berdikari dan menambahbaik perusahaan atau bidang tertentu yang telah diusahakan bagi menambah pendapatan sedia ada. Program ini diselaraskan dengan memberi bantuan berbentuk peralatan dan mesin kepada pemohon yang layak diberi bantuan.

     

  3. Apakah program dan projek yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat Selangor?

    Program dan projek yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat Selangor melalui Standco Kemiskinan adalah dengan menawarkan program seperti

     

    • Program Bantuan “Blueprint” Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor
    • Program Pinjaman “SKIMSEL”
    • Program MIMBAR

Lampiran

Tiada Lampiran.