Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012

26) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SUNGAI BUAYA, BUKIT BERUNTUNG, BANDAR BUKIT SENTOSA

Tahun: 2012

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat pihak yang ingin memajukan dan melaksanakan pembangunan di kawasan seperti Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa. Setelah beberapa tahun dalam pemerintahan Kerajaan Negeri, tanah Sungai Buaya masih tiada apa-apa perancangan dan tindakan yang dilaksanakan. Bagaimanakah kerajaan negeri merancang ? Mengapa dan kenapa perlu dirampas tanah tersebut ?

    Tiada

  2. Apakah perancangan dan tindakan kerajaan negeri bagi memulihkan imej Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa setelah pihak kerajaan mengambil alih hutang Talam Corp ?

    Tiada

  3. Apakah infra yang akan dilaksana oleh pihak kerajaan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ?

    MDHS cuba berusaha untuk menyelenggara infrastruktur awam di kawasan Bandar Bukit Beruntung dan Bukit Melalui peruntukan Geran Penyelenggaraan Jalan (MARRIS) dengan skop menampal dan menurap jalan- jalan berlubang / rosak termasuk baiki parit yang bermasalah.

     

    Walaubagaimanapun, peruntukan geran tersebut perlu berkongsi dengan kawasan-kawasan lain di bawah DUN Batang Kali yang pada dasarnya tidak mencukupi untuk menanggung kerja-kerja penyelenggaraan di kedua-dua Bandar tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.